Berita Auto

Lexus RX 300 Dan ES 250 Kini Lebih Eksklusif

Lexus Malaysia membuka tirai tahun baru dengan melancarkan model edisi khas dan edisi terhad iaitu Lexus RX 300 Luxury Special Edition dan ES 250 Limited Edition.

Menyertai barisan model RX bersama varian Premium dan F-Sport, RX 300 Luxury Special Edition tampil menonjol dengan kit aerodinamik yang merangkumi ‘spoiler’ bampar hadapan, ‘skirt’ sisi dan ‘diffuser’ bampar belakang. Ia boleh didapati dalam empat warna iaitu Sonic Quartz, Sonic Titanium, Graphite Black Glass Flake dan Red Mica Crystal Shine.

Sementara itu, ES 250 Limited Edition pula mendapat trim buluh dengan tekstur unik dan kemasan yang terperinci pada bahagian pintu, papan pemuka, konsol tengah dan stereng. Menurut Lexus, buluh ini dipilih dari hutan lestari yang terletak di Kochi, selatan Jepun dan diukir dengan tangan oleh tukang yang mahir (digelar sebagai Takumi).

Model ini boleh didapati dalam warna Sonic Quartz, Sonic Titanium, Graphite Black Glass Flake dan Deep Blue Mica, dengan dua pilihan warna untuk bahagian dalaman iaitu Topaz atau hitam.

Kedua-dua model ini juga didatangkan standard dengan Lexus Safety System+ (LSS+) yang merangkumi Pre-Collision System (PCS), Dynamic Radar Cruise Control (DRCC), Lane Tracing Assist (LTA) dan Adaptive High-Beam System (AHS).

RX 300 Luxury Special Edition dijual pada harga RM421,909.50 manakala ES 250 Limited Edition pula berharga RM327,510.50 (harga atas jalan tanpa insurans), termasuk jaminan lima tahun tanpa had perbatuan.

Tempahan untuk kedua-dua model ini akan dibuka pada pertengahan bulan ini manakala penyerahan pula bermula pada bulan Februari.

Previous post

Jualan Global Volvo Jatuh 6.2% Pada 2020

Next post

PKP Untuk 6 Negeri, PKPB untuk 5 Negeri 13-26 Januari 2021

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *