Hibrid, Elektrik, Hidrogen

Toyota C+pod Dilancarkan Di Jepun

Toyota nampaknya sedang menggandakan usaha mereka untuk mempromosikan mobiliti elektrik menjelang tahun 2021. Selepas mengumumkan rancangan mereka untuk mengkomersialkan e-Palette, pengeluar kenderaan dari Jepun itu kini melancarkan pula kenderaan elektrik bateri (BEV) ultra-kompak yang dikenali sebagai C+pod.

Macam pernah nampak kan? Ia sebenarnya adalah versi produksi bagi prototaip ‘Ultra-compact BEV’ yang diperkenalkan di Tokyo Motor Show 2019. Dari segi reka bentuk, sekurang-kurangnya, C+pod versi produksi tampil tanpa sebarang perubahan jika dibandingkan dengan versi prototaip.

Menurut Toyota, C+pod pada peringkat awal akan dijual kepada pengguna korporat, pihak berkuasa tempatan dan lain-lain organisasi yang telah meneroka untuk mempopularkan penggunaan BEV. Sementara itu, orang awam pula berpeluang memiliki kenderaan ini menjelang 2022.

C+pod akan ditawarkan dalam trim X dan G, dengan harga bermula dari 1,650,000 yen (RM64,732) untuk X dan 1,716,000 yen (RM67,321) untuk G. BEV ini dibangunkan khas untuk penggunaan urban kerana ia mempunyai jarak pemanduan sejauh 150 km sahaja, dengan kelajuan maksimum 60 km/j. Rujuk jadual di bawah untuk spesifikasi penuh:

Previous post

Pembuat Kereta Lebih Suka Thailand, Indonesia & Singapura Berbanding Malaysia

Next post

Sebuah Lagi Ford Mustang Terbabas

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *