Kemalangan / Rosak / Recall

Akibat Ferrari F430 Bertembung Dengan Perodua Axia

Ini adalah satu lagi contoh mengapa anda harus jangan terlalu over bila memandu Ferrari (atau kenderaan berkuasa tinggi lain) di jalan raya.

Berita terkini, sebuah Ferrari F430 baru-baru ini terlibat dalam pertembungan secara besar-besaran dengan sebuah Perodua Axia yang mendatang. Kejadian ini dilaporkan berlaku di Jalan Batu Kawa di Kuching, Sarawak sekitar tengah malam pada 19 Disember (Sabtu).

Kedua-dua pemandu dan penumpang Ferrari, serta penumpang Perodua, dilaporkan hanya mengalami cedera ringan akibat nahas itu. Sementara itu, pemandu Axia difahamkatelahn mengalami kecederaan teruk akibat kemalangan ini. Keempat-empat pihak yang cedera dihantar ke Hospital Umum Sarawak (SGH) untuk rawatan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh ketua polis daerah Padawan Supt Aidil Bolhassan, kemalangan ini adalah akibat dari pemandu Ferrari kehilangan kawalan kenderaan ketika supercar itu menuju ke MJC Batu Kawa dari pusat bandar. Setelah kehilangan kawalan, F430 kemudian memasuki sebelah kanan jalan dan terus bertembung dengan Axia yang datang dari arah yang bertentangan.

Meskipun belum ada maklumat yang lebih lanjut mengenai kemalangan ini, jelas dari gambar-gambar ini, Ferrari F430tersebut dipandu agak laju sebelum bertembung dengan Perodua Axia . Binasa seperti yang digambarkan ini hanya boleh disebabkan oleh kelajuan yang cukup tinggi menghasilkan hentaman yang cukup kuat untuk tidak hanya meremukkan hadapan F430 ini, tetapi juga terjadinya lipatan pada atap supercar ini.

Memandangkan bumbung mana-mana kereta merupakan bahagian dari sel keselamatan kenderaan, maka kekuatan kemalangan yang ditimpa Italian ini semestinya sangat besar sehinggakan menyebabkan kerosakan yang agak ketara pada bahagian struktur kereta ini.

Bukti lebih lanjut mengenai kemalangan ini lebih dari sekadar kemalangan berkelajuan sederhana dapat dilihat dari sisa Perodua yang hancur. Sama seperti Ferrari, hujung depan Axia remuk akibat kemalangan ini. Sama seperti Ferrari, roda depan Axia telah ditolak masuk sampai ke ruang penumpang belakang.

Namun demikian, tabik kepada Perodua kerana sel keselamatan penumpangnya nampak macam tidak mengalami kerosakan struktur yang ketara. Sekurang-kurangnya dari gambaran tunggal kerosakan Axia, pintu supermini Malaysia ini masih kelihatan berfungsi, dan bumbungnya nampak masih sekeping.

Walaupun begitu, ini tentu bukan kali pertama pemilik supercar hilangan kawalan mesin berkuasa tinggi mereka dan menyebabkannya berada dalam keadaan yang lebih teruk daripada asal, dan ini juga bukan kali terakhir. Oleh itu, perlu diulangi sekali lagi kepada pemandu eksotik kuasa tinggi ini untuk kurangkan keghairahan sedikit, terutama sekali di jalan terbuka untuk mengelakkan kejadian lain seperti ini berulang lagi.

Previous post

Bentley Bacalar Dalam Fasa Ujian Terakhir

Next post

Bab Terbaharu "La Nuova Dolce Vita" Sampai Ke Seoul Korea

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *