Keselamatan

Lagi lagi Recall Airbag. Kali Ini SUV & Trak Pikap General Motors

Cadillac dan Chevrolet anda yang diimport secara peribadi mungkin terlibat dalam penarikan balik ini.

Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Jalan Raya Nasional (NHTSA) di Amerika baru saja mengeluarkan notis kepada General Motors (GM) untuk memanggil balik sekitar 7 juta trak pikap dan SUV mereka di seluruh dunia untuk menggantikan pengembung beg udara Takata yang berbahaya.

Recall ini melibatkan beberapa kenderaan Cadillac Escalade, Chevrolet Silverado, Chevrolet Suburban, Chevrolet Tahoe, GMC Sierra dan GMC Yukon yang dibina dalam jangka masa lapan tahun.

Chevrolet Silverado pickup truck

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kami ada melihat beberapa kenderaan General Motors di atas jalan Malaysia yang dibawa masuk pemegang Approved Permit (AP) dan dijual dengan keuntungan besar tanpa waranti dan servis selepas jualan diberikan.

Bagi pemilik kenderaan GM ini, bagaimanakah mereka akan mengganti beg udara Takata yang rosak ini kerana tidak ada pejabat dan pengedar GM rasmi di Malaysia. Pemegang AP tidak akan mengganti beg udara yang rosak dan anda mungkin memandu dengan kenderaan yang rosak yang boleh mengadaikan nyawa anda dan/atau penumpang anda.

Sila periksa nombor VIN kenderaan anda di laman web NHTSA untuk mengetahui sama ada kenderaan anda terbabit dalam recall ini.

Pengumuman ini dibuat pada Isnin lalu setelah kerajaan A.S. memberitahu pembuat kenderaan itu mesti menarik balik 6 juta kenderaan dari dalam negara. GM mempunyai masa 30 hari untuk menghubungi pemilik dan membuat pelan penukaran beg udara. Ini mungkin tidak akan berlaku untuk pemilik di Malaysia.

General Motors mengatakan bahawa mereka tidak akan membantah arahan itu, walaupun mereka yakin kenderaan mereka selamat. Syarikat ini akan menelan belanja USD1.2 bilion, kira-kira satu pertiga daripada pendapatan bersihnya tahun ini.

Chevrolet Suburban SUV

Pengilang kereta itu telah mengemukakan petisyen kepada agensi itu sebanyak empat kali sejak 2016 untuk mengelakkan penarikan balik, dengan alasan tabung inflator udara selamat di jalan setakat ini dan senantiasa diuji. Tetapi Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Lebuhraya Nasional Amerika pada hari Isnin menolak petisyen tersebut, mengatakan bahawa inflator itu masih menghadapi risiko meletup. Pemilik General Motors mengadu kepada NHTSA bahawa syarikat itu mementingkan keuntungan melebihi keselamatan.

Inflator Takata yang meletup menyebabkan siri penarikan balik automatik terbesar dalam sejarah A.S., dengan sekurang-kurangnya 63 juta inflator ditarik balik. Kerajaan A.S. mengatakan bahawa pada bulan September, lebih daripada 11.1 juta belum dibaiki. Kira-kira 100 juta inflator sudah dipanggil balik dan diganti baharu di seluruh dunia.

Takata menggunakan amonium nitrat yang mudah menguap untuk membuat letupan kecil untuk mengisi beg udara dalam kemalangan. Tetapi bahan kimia itu boleh merosot ketika terkena panas dan kelembapan, dan ia boleh meletup dengan tekanan yang terlalu banyak, menyebabkan serpihan logam tabung itu menjadi ala peluru.

Setakat ini sudah dua puluh tujuh orang terbunuh di seluruh dunia disebabkan inflator yang meletup ini, termasuk 18 di A.S.

Monday’s decision by NHTSA is a major step in drawing the Takata saga to a close. It means that all Takata ammonium nitrate inflators in the U.S. will be recalled, NHTSA said. Earlier this year the agency decided against a recall of inflators with a moisture-absorbing chemical called a dessicant. NHTSA said it would monitor those inflators and take action if problems arise.

Keputusan NHTSA hari Isnin lalu adalah langkah utama untuk mengakhiri saga Takata ini. Ini bermaksud bahawa semua inflator Takata ammonium nitrat di A.S. akan dipanggil balik, kata NHTSA. Awal tahun ini agensi itu memutuskan untuk tidak menarik balik inflator dengan bahan kimia penyerap kelembapan yang disebut dessicant. NHTSA mengatakan pihaknya akan memantau inflator tersebut dan mengambil tindakan sekiranya timbul masalah.

Previous post

Honda N-One RS Hadir Dengan Enjin Turbo, Transmisi Manual

Next post

Aprilia Tuono V4, RSV4 1100 Factory (2020) Dilancarkan

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *