Penyelenggaraan

Nikmati Potongan Sehingga 20% Bila Anda Servis Ford Anda Dengan SDAC

Sekiranya anda memiliki kenderaan Ford dan memerlukan beberapa kerja penyelenggaraan, anda bernasib baik. Sime Darby Auto Connexion (SDAC) sedang menganjurkan Promosi Servis mulai hari ini sehingga 15 Februari 2021. Anda hanya perlu menempah temu janji servis dengan mereka semasa tempoh Promosi Servis, dan anda akan mendapatkan penjimatan sehingga 20 peratus untuk penyelenggaraan kenderaan anda un tuk alat ganti dan minyak enjin terpilih. Selain itu, penjimatan sebanyak 10 peratus untuk kos upah untuk pakej pelincir, brek dan timing belt juga ditawarkan.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh mendapatkan pemeriksaan 27-poin percuma oleh juruteknik bersertifikat Ford secara percuma serta beg pelbagai guna apabila anda belanjakan lebih daripada RM350 dalam satu resit di sana.

Semua alat ganti Ford adalah di bawah jaminan tempoh 12 bulan atau 20,000kms, yang mana-mana dahulu, tidak termasuk alat ganti haus dan lusuh. Terdapat 42 pusat servis berdaftar Ford di seluruh negara.

Ini sebenarnya kali kedua tahun ini Ford telah memberikan potongan harga untuk servis kenderaan anda. Untuk keterangan lebih lanjut, lihat siaran media di bawah.

SIARAN MEDIA

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia, hari ini mengumumkan Promosi Servis hujung tahun bermula 23 November 2020 sehingga 15 Februari 2021.

“Ketika negara menantikan tahun baharu dengan harapan untuk membebas daripada pandemik, memberi tumpuan pada arah kesihatan yang lebih baik merupakan keutamaan ramai. Sejajar dengan itu, kami menggalakkan semua pemilik Ford memastikan kesihatan kenderaan mereka turut diberi perhatian dengan memanfaatkan promosi servis yang ditawarkan,” kata Syed Ahmad Muzri Syed Faiz, Pengarah Pengurusan, Sime Darby Auto ConneXion.

Servis dengan Penjimatan Sehingga 20 Peratus1 dan Faedah Tambahan Percuma

Semasa pelanggan membuat tempahan waktu servis dalam tempoh Promosi Servis, pelanggan boleh memanfaatkan penjimatan sehingga 20 peratus untuk penyelenggaraan kenderaan bagi alat ganti terpilih dan minyak enjin. Penjimatan 10 peratus untuk upah kerja bagi pakej minyak pelincir, brek dan tali sawat pemasaan turut boleh dinikmati.

Selain itu, bagi memastikan kenderaan berada dalam keadaan terbaik, pelanggan boleh mendapatkan pemeriksaan 27-poin yang dilakukan oleh juruteknik Ford yang bertauliah secara percuma.

Pelanggan yang berbelanja melebihi RM350 dalam satu resit akan mendapat beg serbaguna eksklusif untuk aktiviti harian2.

Alat Ganti Tulen Ford

Apabila kenderaan diservis di mana-mana 42 pusat servis berdaftar Ford di seluruh negara, pelanggan boleh yakin bahawa hanya alat ganti dari Pengilang Peralatan Tulen (OEM) yang akan digunakan. Dengan alat ganti tulen Ford, pelanggan akan dijamin dengan standard kualiti tertinggi, pemasangan dan kemasan yang terbaik kerana ia sememangnya direka khas untuk kenderaan Ford demi mencapai prestasi terhebat.

Sebagai tambahan, semua alat ganti Ford adalah di bawah jaminan tempoh 12 bulan atau 20,000kms, yang mana-mana dahulu, tidak termasuk alat ganti haus dan lusuh.

Tempah Janji Temu Dengan Kami

Memandangkan kami mematuhi arahan kawalan kumpulan ramai dan penjarakkan sosial di premis kami, janji temu untuk servis kenderaan digalakkan dibuat terlebih dahulu.

Terdapat beberapa pilihan yang boleh dilakukan:

Semua pusat servis dan bilik pameran masih dibuka di lokasi yang berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), bergantung kepada pengumuman kerajaan dari semasa ke semasa. Prosedur Operasi Standard bagi mengekang Covid-19 turut dikuatkuasakan di kesemua premis kami.

Untuk maklumat lanjut tentang Promosi Servis atau berita terkini Ford, sila layari sdacford.com.my

Previous post

Pesawat Persendirian Mendarat Cemas di Lebuhraya PLUS

Next post

McLaren Artura - Supercar Hibrid Terbaru Dari Woking

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *