Hibrid & Elektrik

McLaren Artura – Supercar Hibrid Terbaru Dari Woking

McLaren bakal memperkenalkan sebuah supercar hibrid baharu yang dikenali sebagai Artura. Model ini bakal memasuki pasaran bermula separuh pertama tahun hadapan.

Setakat ini, McLaren hanya menyiarkan dua imej teaser yang menunjukkan lencana jenama dan model itu pada jeriji mesh yang diapit sepasang muncung ekzos bulat yang besar. Sekali imbas, ia tidak ubah seperti bahagian belakang 720S.

Menurut syarikat itu, Artura akan menampilkan enjin twin-turbo V6 baharu yang direka khas untuk digunakan bersama motor elektrik. Ini menjadikannya model McLaren ketiga yang menggunakan trenkuasa hibrid selepas P1 dan Speedtail.

Trenkuasa hibrid berprestasi tinggi (HPH) ini dikatakan setanding dengan enjin V8 McLaren, selain mempunyai tindak balas tork yang optimum pada kelajuan rendah. Ia juga boleh beroperasi dalam mod elektrik sepenuhnya untuk pemanduan di kawasan urban. Jumlah kuasa dan tork, serta angka prestasi masih belum didedahkan.

Selain itu, Artura juga akan menjadi model pertama yang menggunakan platform baharu yang dikenali sebagai McLaren Carbon Lightweight Architecture (MCLA). McLaren berkata bahawa pelbagai langkah penjimatan berat telah dilakukan pada platform ini bagi mengimbangi berat tambahan yang dibawa oleh HPH.

Previous post

Nikmati Potongan Sehingga 20% Bila Anda Servis Ford Anda Dengan SDAC

Next post

Hyundai Elantra Generasi Ke-7 Bakal Masuk Pasaran Malaysia?

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *