Berita Auto

Proton X50 Terima Lebih 20,000 Tempahan Dalam Tempoh 14 Hari

Proton secara rasminya ngesahkan bahawa mereka telah menerima lebih 20,000 tempahan untuk X50 sejak tempahan untuk model itu dibuka pada 16 September. Menurut syarikat itu, jumlah tersebut melebihi jangkaan mereka.

“Pihak PROTON ingin berterima kasih kepada para pelanggan yang menunjukkan minat yang amat tinggi kepada Proton X50. Kami di PROTON akan memberi tumpuan kepada proses pengeluaran untuk memenuhi permintaan pelanggan dalam tiga bulan terakhir 2020, pada masa yang sama memberi penekanan terhadap kualiti produk,” kata Roslan Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, X50 ditawarkan dalam empat varian iaitu Standard, Executive, Premium dan Flagship. Varian Standard, Executive dan Premium, mendapat enjin 1.5 Turbo yang menghasilkan 150 PS dan 226 Nm, manakala varian Flagship pula hadir dengan enjin 1.5 TGDi yang mempunyai 177 PS dan 255 Nm.

Selain mempunyai enjin yang lebih berkuasa, varian Flagship juga dilengkapi dengan sistem bantuan pemandu Advanced Driver Assistance Systems (ADAS).

Baca ulasan kami mengenai SUV kompak yang sedang hangat diperkatakan ini di sini:

Previous post

Sudah 20 Tahun Sejak MINI Dilahirkan Semula Dengan BMW Group

Next post

Audi A3 Sportback 40 TFSI e Tawar Pemanduan Elektrik Sejauh 78 km

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *