Cerita Auto

Pratonton Mitsubishi XPANDER Crossover Tujuh Tempat Duduk Baharu

Spesifikasi Penuh Produk Diumumkan. Kini Dibuka Untuk Tempahan.

Kami diberi peluang kelmarin melihat one-on-one Mitsubishi XPANDER Crossover. Harga rasmi belum diumumkan tetapi kami difahamkan ianya akan kompetitif.

Crossover tujuh tempat duduk ini kini dibuka untuk tempahan di semua bilik pameran bertauliah Mitsubishi Motors di seluruh negara, sebelum pelancaran rasminya di Malaysia yang dijadualkan pada November 2020.

XPANDER ini dikuasakan enjin petrol 1.5-liter MIVEC menggunakan blok aluminium yang menghasilkan kuasa 105 PS pada 6,000 rpm dan tork 141 Nm pada 4,000 rpm. XPANDER ini didatangkan dengan transmisi automatik empat kelajuan yang mengoptimumkan kuasa dan penjimatan bahan api. XPANDER baharu ini juga didatangkan dengan waranti 5 tahun dengan perbatuan tanpa had.

Luaran

XPANDER mengikuti huraian konsep reka bentuk hadapan ‘Perisai Dinamik’ (Dynamic Shield). ‘Perisai Dinamik’ menzahirkan prestasi tinggi dan rasa dilindungi untuk pemandu dan penumpang.

Antara ciri-ciri istimewa termasuk:

  • Lampu Hadapan Bi-LED, berkedudukan blok Kristal LED
  • Lampu Belakang LED iluminasi L.
  • Rim roda aloi dua tona bersaiz 16 inci.
  • Paras tinggi lantai 205mm.

Dalaman

  • Tinggi keseluruhan 1,730mm dan panjang keseluruhan 4,475mm.  
  • Jarak roda 2,775mm dan lebar 1,750mm yang menawarkan lebih banyak ruang kaki untuk semua penumpang.
  • Kerusi boleh di lipat rata pada bahagian kedua dan ketiga bagi memberi ruang barang yang penuh.
  • But menyerupai kereta yang menjadikan ia lebih mudah untuk mengangkut barangan besar atau panjang.
  • Ruang simpanan di bawah kerusi.
  • Kotak simpanan pada lantai kargo dilengkapi lampu.
  • Poket sisi barisan duduk ketiga.
  • Pemegang botol.
  • Kotak konsol tengah dengan lampu.
  • Pelbagai kotak barangan.
  • Kotak glove dua bahagian.
  • Empat corong udara dipasang menerusi bumbung bagi edaran udara lebih baik ke atas setiap penumpang.
  • Sistem Audio 9-Inci
  • Apple Carplay dan Android Auto Ready.

Keselamatan

  • Dua beg udara SRS.
  • Sistem brek anti penguncian (ABS).
  • Edaran tenaga brek elektronik (EBD).
  • Kawalan Aktif Stabiliti (ASC).
  • Sistem Bantuan Brek (BA).
  • Bantuan Permulaan Bukit (HSA).
  • Peringatan Rehat.
  • Sistem Mengatasi Brek (BOS)
  • Kluster meter berkontras tinggi 4.2 inci dengan tolok suhu penyejukan enjin, amaran bagi kawalan luncur, bateri lemah di dalam kunci kereta.

Pakej Pengedar Sah MMM

Pakej baharu dan istimewa ini merangkumi ciri-ciri seperti:

  • Pemantauan Sekeliling (ARM) – pelbagai kamera di sekeliling kenderaan bagi mewujudkan pandangan udara 360 darjah bagi membantu pemandu semasa memakir kereta.
  • Perakam Video Pemanduan (DVR) – merakam setiap detik atau insiden di hadapan kenderaan semasa bergerak.
  • Sarung Kerusi Kulit – berwarna hitam menambah lawa kepada reka bentuk kenderaan dan keselesaan menaiki kereta bagi pemandu dan penumpang.

Kenyataan Media

Mengulas mengenai XPANDER baharu, Ketua Pegawai Eksekutif Mitsubishi Motors Malaysia, Tomoyuki Shinnishi berkata, “XPANDER adalah model penting bagi MMM dan kami optimistik bahawa ia akan menjadi model disukai ramai rakyat Malaysia kerana reka bentuknya tidak terhad kepada rupa estetikanya. Hari ini, kami gembira untuk mengumumkan spesifikasi penuh XPANDER baharu ini kepada semua. Kami memahami bahawa rakyat Malaysia kini mahukan kereta yang memenuhi aspirasi mereka untuk gaya hidup lebih aktif dan praktikal. Maka itu, XPANDER dibina khas bagi memenuhi kecenderungan rakyat Malaysia.”

Beliau menambah, “Di Mitsubishi Motors, kami mahu menawarkan model yang berharga lebih berdaya saing dengan spesifikasi yang lebih baik, maka itu kami memutuskan supaya XPANDER dipasang tempatan (CKD). Kami mahu memberikan lebih banyak kemudahan dan keselesaan kepada pelanggan dan seterusnya, membolehkan mereka menikmati pengembaraan hidup tanpa had.”

Acara-acara

Para pelanggan akan dapat melihat secara dekat Mitsubishi XPANDER baharu di siri-siri tayangan khas di bandar-bandar utama bermula 23 Oktober hingga 8 November.

Lokasi dan tarikh bagi tayangan khas adalah seperti berikut:

TARIKHTEMPATMASA
23-25 OktoberToppen Mall, Johor Bahru, Johor10.00am-10.00pm
29 Oktober-1 NovemberIpoh Parade, Perak10.00am-10.00pm
3-8 NovemberIOI City Mall, Klang Valley10.00am-10.00pm

Sila layari web rasmi MMM https://www.mitsubishi-motors.com.my/ dan halaman media sosial Facebook https://www.facebook.com/MitsubishiMotorsMalaysia/ dan Instagram https://www.instagram.com/mitsubishimotorsmalaysia/ untuk acara-acara yang akan datang.

Previous post

Pusat R&D Singapura Baharu Hyundai Sedang Dibina

Next post

BMW 330e M Sport Versi CKD Dilancarkan

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio. 8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio. Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *