Berita Auto

Mitsubishi Xpander Diintip di Malaysia

Seorang pengguna Facebook bernama Jamaan Abd Rahman telah memuat naik dua keping gambar yang menampakkan sebuah Mitsubishi Xpander sedang dihantar ke sebuah pusat pengedar rasmi Mitsubishi.

Ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa model itu mungkin akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi. Unit yang diintip ini merupakan model facelift berdasarkan reka bentuk jeriji Dynamic Shield dan bamparnya.

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) sebelum ini telah mengesahkan bahawa Xpander akan dilancarkan di Malaysia. MPV tujuh tempat duduk itu juga dijual dan dipasang di Vietnam sejak tahun lalu.

Di Indonesia, Xpander hadir dengan enjin 1.5-liter empat silinder yang menghasilkan 104 PS dan 141 Nm. Enjin tersebut dipadankan dengan transmisi automatik empat kelajuan. Pilihan transmisi manual lima kelajuan juga boleh didapati di republik itu, namun ia kemungkinan besar tidak akan ditawarkan di sini.

Xpander mempunyai versi crossover yang dikenali sebagai Xpander Cross. Selain penambahbaikan pada bahagian luaran, model tersebut mempunyai jarak kelegaan tanah yang lebih tinggi iaitu 225 mm.

Previous post

Toyota Camry Facelift Untuk Pasaran AS Didedahkan

Next post

Porsche 911 Turbo Baharu Terletak Dengan Selesa Di Bawah Turbo S

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *