Berita Auto

Bermaz Motor Panggil Semula 19,685 Unit Kenderaan Mazda

Bermaz Motor telah mengeluarkan perintah panggilan semula untuk 19,685 unit kenderaan Mazda yang dijual di Malaysia. Model-model yang terlibat adalah Mazda2, Mazda 3, Mazda6, CX-3, CX-5 dan CX-9 yang dikeluarkan antara 2017 dan 2019.

Berikut adalah senarai model-model yang terlibat:

Panggilan semula ini dilakukan untuk menggantikan pam bahan api (fuel pump) bermasalah yang boleh mengakibatkan berlakunya kemerosotan kuasa enjin atau enjin mati secara tiba-tiba.

Menurut Bermaz, panggilan semula ini sejajar dengan langkah sama yang diambil oleh Mazda Motor Corporation di China, rantau ASEAN, Timur Tengah, Afrika, Amerika Tengah dan Caribbean. Isu ini bukan sahaja menjejaskan Mazda, malah beberapa jenama Jepun lain seperti Toyota dan Honda.

Pemilik yang terlibat akan dimaklumkan melalui surat pemberitahuan dan SMS. Bermaz Motor menggesa pemilik yang terlibat untuk menghubungi pusat servis Bermaz yang bertauliah bagi membuat janji temu.

Penggantian pam bahan api adalah percuma dan semua kos yang berkaitan akan ditanggung sepenuhnya oleh Bermaz Motor. Proses penggantian mengambil masa kira-kira 1.5 jam atau lebih bergantung kepada model dan keadaan di pusat servis semasa janji temu. Stok penggantian akan tersedia secara berperingkat.

Pemilik kenderaan boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai panggilan semula ini menerusi pautan https://mazda.com.my/mazda-recall-information-centre.

Previous post

Audi Meraikan Ulangtahun Ke 40 Quattro Dengan Special TT RS Ini

Next post

Honda Forza 750 Diperkenalkan di Eropah

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *