Sukan

UMW Toyota Motor Komited Cungkil Bakat Muda Sukan Permotoran

Siri perlumbaan Toyota Vios Challenge yang anjuran UMW Toyota Motor telah menyaksikan kemunculan barisan pelumba muda yang terbukti mampu bersaingan dengan pelumba-pelumba yang lebih berpengalaman.

Oleh itu, bagi mencungkil lebih banyak bakat muda yang beralih dari sukan go-kart dan perlumbaan simulasi (sim-racing) ke perlumbaan kereta saloon, UMW Toyota Motor baru-baru ini Program Pembangunan Bakat Muda Gazoo Racing.

Progam tersebut, yang direka untuk mereka yang berusia antara 14 dan 20 tahun, telah mengenal pasti enam bakat muda yang akan diserap. Mereka adalah pelumba simulasi Mika Hakimi (17) dan Naquib Azlan (20), dan pelumba go-kart Amer Harris (17), Jwan Hii (18), Putera Adam (14) dan Troy Eimann (16).

Bermula bulan ini, mereka akan dilatih di samping menjalani latihan intensif di dalam dan luar litar di bawah bimbingan tenaga pengajar di Gazoo Racing School sebelum diberikan peluang untuk beraksi dalam Toyota Vios Challenge musim keempat.

Sudah tentu, mereka juga perlu memenuhi semua kriteria dan syarat bagi mendapatkan lesen pertandingan kebangsaan (perlumbaan litar) dari Persatuan Permotoran Malaysia (MAM).

“Salah satu pencapaian utama Toyota Vios Challenge adalah kemampuannya untuk bukan sahaja menarik pelumba muda tetapi memberi mereka peluang yang sama untuk bersaing di samping pelumba yang lebih berpengalaman,” kata Ketua Pegawai Sukan Permotoran Gazoo Racing Malaysia, Akio Takeyama.

Tambah beliau, Program Pembangunan Bakat Muda Gazoo Racing menggariskan pelaburan dan komitmen berterusan Toyota terhadap pembangunan sukan permotoran di Malaysia.

Previous post

Gambar BMW M3 dan M4. Suka Atau Tidak, Inilah Dia!

Next post

Hebat Sangatkah Enjin Nissan Almera Turbo?

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *