Hibrid, Elektrik, Hidrogen

MINI Electric First Edition Dilancarkan Pada Harga RM238,380

Selepas melancarkan MINI Cooper SE pada bulan lalu, BMW Group Malaysia kini memperkenalkan MINI Electric First Edition yang lebih eksklusif. Ia ditawarkan pada harga RM238,380.78 dan terhad kepada 15 unit sahaja.

Model ini hadir dalam warna MINI Yours Enigmatic Black dengan kemasan Energetic Yellow pada bilah hadapan dan cermin sisi dan warna hitam pada bumbung panoramik. Sebagai alternatif, ia juga boleh didapati dalam warna White Silver.

Selain itu, ia juga didatangkan dengan Lights Package yang merangkumi lampu hadapan Matrix LED dan lampu belakang LED dengan grafik Union Jack, beserta lencana First Edition. Rim 17 inci dalam dwitona MINI Electric Power Spoke melengkapan gaya eksklusif hatchback elektrik ini.

Ruang dalaman pula menampilkan upholsteri kulit MINI Yours Walknappa Leather dan tempat duduk berwarna Carbon Black. Kelengkapan standard terdiri daripada penyaman udara automatik dua zon, pencahayaan ambien iluminasi 12 warna, sistem navigasi 8.8 inci dengan aplikasi MINI Connected yang lengkap, sistem audio Harman Kardon dengan 12 pembesar suara dan pengecas tanpa wayar.

Seperti Cooper SE, MINI Electric First Edition dikuasakan oleh motor elektrik yang menjana 184 hp (135 kW) dan 270 Nm. Ia dikatakan menggunakan 16.8 – 14.8 kWj bagi setiap jarak perjalanan berjumlah 100 km.

Dari segi prestasi, model ini mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 7.3 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum 150 km/j. Jarak pemanduan yang ditawarkan adalah sejauh 234 km mengikut kitaran WLTP atau 270 km mengikut NEDC.

Dilengkapi dengan bateri berkapasiti 28.9 kWh, MINI Electric First Edition boleh dicas dari kapasiti sifar sehingga 80% dalam 36 minit melalui stesen pengecasan DC, dua jam setengah melalui MINI Wallbox Plus atau 12 jam dengan menggunakan kabel pengecasan kontingensi berwarna kuning yang didatangkan bersama kenderaan tersebut.

Previous post

Isuzu D-MAX Semua-Baharu Mendapat Rating Keselamatan ANCAP 5-Bintang

Next post

Farizon FX - Trak Pikap Berasaskan Geely Boyue Pro

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *