Berita Auto

Imej Honda Civic Hatchback Generasi ke-11 Tertiris

Pada Julai lalu, Honda mengesahkan bahawa Civic generasi ke-11 akan diperkenalkan secara rasmi menjelang pertengahan 2021. Bagaimanapun, terima kasih kepada mereka yang memuat naik imej-imej paten Civic hatchback ini ke laman forum Civicxi, kita dapat melihat reka bentuk model itu lebih awal.

Jika dibandingkan dengan Civic hatchback generasi ke-10, model baharu ini dilihat mempunyai rekaan yang lebih matang. Wajahnya kini lebih kemas, menampilkan bentuk lampu yang kurang tajam tetapi lebih panjang dan gril yang lebih kecil. Panel plastik berwarna hitam pada bahagian kiri dan kanan bampar juga lebih kecil, namun bukaan udara pada bahagian tengah jelas lebih lebar dan tinggi.

Jika dilihat dari sisi, kedua-duanya mempunyai profil yang tidak jauh berbeza. Cuma, bahagian hadapan dan belakang model generasi ke-11 ini tampak lebih panjang sedikit, manakala sudut cermin belakangnya kini kurang dramatik jika dibandingkan dengan model generasi ke-10.

Di belakang, lampu ‘sepit ketam’ yang ikonik itu digantikan dengan sepasang lampu yang lebih langsing yang merentangi sepenuhnya bahagian tailgate. Dengan hanya lampu pemantul dan diffuser ringkas, rekaan bampar belakang juga lebih kemas dan bersih.

Jika benar ini rekaan akhir Civic baharu, Honda nampaknya bakal mensasarkan kumpulan pembeli yang lebih matang. Apa pendapat anda?

Previous post

SUV X70 Yang Lagi Satu Dikemas Kini Di Pameran Auto Beijing

Next post

Prior Design Hasilkan Kit Audi RS2 Coupe

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *