Cerita Auto

Kia Carnival Generasi ke-4: Apa Yang Anda Perlu Tahu

Berikut adalah perincian lanjut serta spesifikasi Carnival generasi yang telah didedahkan oleh Kia.

Reka bentuk

  • Overhang hadapan yang lebih pendek dengan tapak tiang A dialih ke belakang untuk menghasilkan hud yang lebih panjang
  • Jeriji ‘tiger nose’ lebih lebar serta rekaan lampu yang lebih futuristik
  • Konsep bumbung terapung dengan tiang A dan B yang digelapkan
  • Sirip krom dengan corak berlian pada tiang C
  • Lapan pilihan warna luaran dan rim aluminium aloi bersaiz 17, 18 dan 19 inci

Ruang kabin

  • Konfigurasi tiga atau empat barisan tempat duduk dengan kapasiti tujuh, lapan atau 11 penumpang
  • Jarak roda bertambah 30 mm (3,090 mm), lebar bertambah 10 mm (1,995 mm), panjang keseluruhan bertambah 40 mm (5,155 mm) dan overhang belakang bertambah 30 mm (1,130 mm)
  • Konfigurasi tujuh tempat duduk mempunyai kerusi ‘Premium Relaxation’ seperti kelas perniagaan
  • Kapasiti but adalah dari 627 liter hingga 2,905 liter

Teknologi dan ketersambungan

  • Instrumen kluster digital dan skrin sentuh infotainment masing-masing berukuran 12.3 inci
  • Android Auto, Apple Carplay, pengecaman suara dan Kia Live
  • Ciri Bluetooth boleh menyambungkan dua telefon pada masa yang sama
  • Ciri ‘Passenger View & Talk’ membolehkan penumpang tempat duduk hadapan berkomunikasi dengan penumpang di belakang
  • Pencahayaan dan teknologi Safe Exit Assist untuk penumpang keluar dan masuk dengan selamat

Prestasi

Tiga enjin ditawarkan iaitu:

  • Enjin 3.5-liter GDi V6 dengan 294 PS dan 355 Nm
  • Enjin 3.5-liter V6 MPi dengan 272 PS dan 332 Nm
  • Enjin diesel Smartstream 2.2-liter dengan 202 PS dan 440 Nm
  • Transmisi automatik lapan kelajuan untuk ketiga-tiga enjin

‘Ride & handling’

  • Sistem suspensi ditambahbaik secara menyeluruh untuk mendapatkan kestabilan dan mengurangkan gegaran
  • Stereng kuasa bermotor menggantikan sistem hidraulik sebelum ini untuk tindak balas yang lebih tepat
  • Nisbah stereng baharu 5.6% lebih pantas
  • Penggunaan bahan penebat bunyi pada keempat-empat gerbang roda dan bahagian bawah badan untuk mengurangkan bunyi angin dan jalan
  • Lubang ambilan udara juga direka semula untuk mengurangkan bunyi bising dari enjin pada kelajuan tinggi
  • ‘Crossmember’ pada lantai bertujuan mengurangkan gegaran

Keselamatan dan keselesaan

Carnival dilengkapi dengan sistem bantuan pemandu canggih (ADAS) yang merangkumi ciri-ciri seperti berikut:

  • Forward Collision-Avoidance Assist (FCA)
  • Lane Keeping Assist (LKA)
  • Blind-Spot Collision-Avoidance Assist (BCA)
  • Intelligent Speed Limit Assist (ISLA)
  • Driver Attention Warning (DAW)
  • Blind-Spot View Monitor (BVM)
  • High Beam Assist (HBA)
  • Smart Cruise Control (SCC) atau Navigation-based SCC (NSCC)
  • Lane Following Assist (LFA)
  • Highway Driving Assist (HDA)
  • Surround View Monitor (SVM)
Previous post

Mercedes-Benz C200 Coupe AMG Line Dilancarkan Dengan Enjin Baharu

Next post

Audi Q3 Sportback Kini Di Malaysia Dengan Harga RM301,739

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *