Khidmat Masyarakat

Perodua Hulur Sumbangan Kepada Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah

Perodua baru-baru ini telah menyumbang satu set videoskop fleksibel mudah alih serta peralatan sekolah dan cermin mata preskripsi kepada 250 pesakit kanak-kanak yang kurang berkemampuan di Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah.

Daripada 250 pesakit kanak-kanak tersebut, 200 pesakit berusia di bawah 12 tahun menerima alat tulis sementara 50 pesakit luar diberikan cermin mata preskripsi.

“Malaysia kini menunjukkan tanda-tanda positif dalam memerangi COVID 19. Oleh itu, kami sedang mengkaji keutamaan lain dalam memastikan kualiti hidup bertambah baik di negara ini,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

Tambah beliau, sumbangan ini adalah tanda penghargaan kepada kakitangan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah yang menjalankan tugas menjaga pesakit tanpa kenal penat lelah dan dengan penuh kasih sayang.

Perodua julung kali melawat Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah pada 2018, menyumbang dua set laryngoscope blades dan 40 bantal, serta barangan mainan.

“Berdasarkan maklum balas daripada pihak hospital, kami telah memutuskan untuk terus membantu institusi kesihatan ini untuk meningkatkan kemampuannya serta menyumbang secara langsung kepada masyarakat.

“Adalah penting bagi Perodua untuk meneruskan peranannya sebagai organisasi yang bertanggungjawab dan prihatin terhadap masyarakat Malaysia yang telah memberi sokongan padu kepada kami selama ini,” ujar Dato’ Zainal.

Previous post

Shell Helix Power dan Shell Helix Protect Beri Lebih Pilihan Kepada Pengguna

Next post

Eksklusif DSF.my - Lawatan Malaysia Genesis GV80

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *