Berita Auto

Honda HR-V RS Kini Dengan Upholsteri Kulit Coklat Gelap

Honda Malaysia telah memperkenalkan upholsteri kulit dalaman berwarna coklat gelap untuk Honda HR-V RS. Ia ditawarkan pada harga yang sama dengan pilihan upholsteri kulit berwarna hitam sedia ada iaitu RM124,800 (harga atas jalan tanpa insurans).

Seperti yang anda boleh lihat, upholsteri kulit coklat gelap ini ditampilkan pada bahagian konsol tengah, panel hadapan, tempat duduk pemandu dan penumpang hadapan dan belakang serta panel pintu.

Menurut Honda, pilihan warna ini ditawarkan secara eksklusif untuk pasaran Malaysia. Ia kini dibuka untuk tempahan di kesemua 101 wakil pengedar Honda di seluruh negara.

Bagi warna luaran pula, pilihan sedia ada iaitu Passion Red Pearl, Modern Steel Metallic dan White Orchid Pearl dikekalkan.

Turut dikekalkan adalah enjin 1.8-liter SOHC i-VTEC dengan 142 PS dan 172 Nm, transmisi CVT serta barisan kelengkapan lain seperti paparan audio berukuran tujuh inci, paddle shifter dan Honda LaneWatch.

Sementara itu, sistem keselamatan pula terdiri daripada enam beg udara, Emergency Stop Signal (ESS), Automatic Brake Hold (ABH), Vehicle Stability Assist (VSA), Hill Start Assist (HSA) dan cagak Isofix.

Previous post

Ansuran Percuma Selama 6 Bulan Untuk Volkswagen Tiguan

Next post

Perodua Sedia Bekerjasama Dengan Kerajaan Perkuat Industri Auto

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *