Promosi / Tawaran / Peraduan

Ansuran Percuma Selama 6 Bulan Untuk Volkswagen Tiguan

Volkswagen Tiguan merupakan antara model paling popular tahun lalu dengan jualan di peringkat global mencecah enam juta unit.

Bagi meraikan pencapaian ini, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) menawarkan ansuran percuma selama enam bulan untuk semua Tiguan yang ditempah dan didaftarkan sehingga 30 Jun ini.

Bukan itu sahaja, pelanggan yang membuat tempahan menerusi Volkswagen eShowroom juga akan menikmati rebat tunai RM4,000. Pelanggan juga boleh memilih khidmat penghantaran ke rumah secara percuma untuk lokasi dalam radius 20 km dari pusat pengedar.

Tiguan menampilkan enjin turbo 1.4 TSI yang menjana 150 PS dan 250 Nm antara 1,500 hingga 3,500 rpm. Dengan transmisi DSG enam kelajuan, SUV itu dikatakan mampu mencapai jarak pemanduan sehingga 800 km dengan satu tangki penuh.

Antara ciri utama Tiguan adalah skrin resolusi tinggi dengan tiga pilihan paparan yang boleh disesuaikan menerusi sistem infotainmen dengan lebih 30 pilihan kombinasi. Turut disediakan adalah ciri MirrorLink, Android Auto dan Apple CarPlay.

Dari segi keselamatan, ia dilengkapi dengan enam beg udara, Electronic Stability Control, Intelligent Crash Response System (ICRS), Electronic Parking Brake (EPB) serta Hill-Hold Control.

Previous post

Porsche 911 Speedster Kini di Malaysia - RM2.7 Juta

Next post

Honda HR-V RS Kini Dengan Upholsteri Kulit Coklat Gelap

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *