Berita Auto

Honda BR-V Dipertingkat Untuk Model 2020

Honda Malaysia hari ini melancarkan Honda BR-V versi dipertingkatkan. Ia boleh didapati dalam dua varian iaitu E (RM89,900) dan V (RM96,900).

Berikut adalah ciri-ciri baharu yang terdapat pada BR-V:

Varian E

  • Gril hadapan baharu
  • Bampar hadapan baharu dengan kemasan pada bahagian bawah
  • Rim aloi 16 inci dwi-tona
  • Antena sirip jerung
  • Bampar belakang baharu dengan kemasan bahagian bawah
  • ‘Tweeter’ pembesar suara
  • Lampu kargo
  • Penapis kabin
  • Pendingin hawa automatik
  • Kemasukan tanpa kunci (keyless entry)
  • Butang penghidup enjin (push start button)

Varian V

  • Gril hadapan baharu
  • Bampar hadapan baharu dengan kemasan pada bahagian bawah
  • Kemasan lampu kabus hadapan baharu
  • Rim aloi 16 inci dwi-tona
  • Antena sirip jerung
  • Bampar belakang baharu dengan kemasan bahagian bawah
  • ‘Tweeter’ pembesar suara
  • Lampu kargo
  • Penapis kabin
  • Paparan audio 7 inci
  • Paddle shifter
  • Upholsteri kulit dengan jahitan merah
  • Jahitan merah pada tombol gear

Seperti sebelum ini, BR-V dikuasakan oleh enjin 1.5-liter SOHC i-VTEC dengan 120 PS dan CVT. Ia mempunyai ruang kargo berkapasiti 223 liter yang diperluaskan sehingga 539 liter dengan melipat kerusi barisan ketiga.

Serentak dengan pelancaran ini, Honda Malaysia turut memperkenalkan dua kempen bantuan masyarakat. Yang pertama adalah kempen Be Kind With BR-V, di mana bagi setiap unit BR-V yang terjual, Honda Malaysia akan menyalurkan sebahagian daripada hasil tersebut ke program bantuan COVID-19.

Sementara itu, menerusi kempen ‘Honda Dealer Donation Drive’, pelanggan Honda boleh mengunjungi pengedar terdekat mereka untuk menyumbangkan barang keperluan asas seperti makanan kering atau barangan rumah. Sumbangan akan dikumpulkan dan dihantar kepada komuniti yang terjejas di kawasan yang terdekat. Kedua-dua kempen ini dijalankan sehingga 31 Ogos 2020.

Previous post

Lexus LC500 2020 Dibuka Untuk Tempahan

Next post

Perodua Jual 7,886 Unit Kenderaan Pada Bulan Mei Walau Berdepan Krisis COVID-19

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *