Trak Pikap, Van, MPV, Bas & Lori

Ford Ranger FX4 Masuk Pasaran Malaysia – RM126,888

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia hari ini melancarkan Ford Ranger FX4 Bbaharu melalui siaran Facebook dan YouTube Live.

Berbeza dengan varian-varian Ranger lain, Ranger FX4 menampilkan gril mesh berwarna Ebony Black, pelekat dan logo ‘FX4’ serta tayar all-terrain yang digabungkan dengan rim 18 inci berwarna hitam.

Di dalam, kemasan kulit pada tempat duduk dihiasi dengan logo cetak timbul FX4, manakala karpet lantai turut menampilkan logo yang sama. Jahitan kontras berwarna merah pada tombol gear, papan pemuka, panel instrumen, pintu, brek tangan dan stereng menjadi penyudah kepada suasana sporty kabin model ini.

Ranger FX4 dikuasakan oleh enjin Duratorq 2.2-liter yang menghasilkan 160 PS dan 385 Nm. Enjin tersebut dipadankan dengan transmisi automatik enam kelajuan dan sistem pacuan empat roda.

Kelengkapan lain yang ada varian ini termasuk skrin sentuh lapan inci dengan sistem SYNC yang menyokong Apple CarPlay dan Android Auto, sistem Shift-On-The-Fly 4×4 elektronik, bilah pengelap dengan pengesan hujan, Electric Power Assisted Steering dan lampu nyalaan siang.

Sistem keselamatan pula merangkumi dua beg udara, Limited Slip Differential , Hill Descent Control, Hill Launch Assist, ABS, EBD, cagak Isofix dan pelbagai lagi.

Boleh didapati dalam warna Meteor Grey, Absolute Black dan Artic White, Ranger FX4 dijual pada harga RM126,888 (harga atas jalan, tidak termasuk insurans).

150 pelanggan pertama yang membeli varian ini akan mendapat bar sporty berwarna hitam, filem cermin penghadang haba dan perakam video digital berserta kad memori 8GB. Kesemua aksesori ini bernilai RM5,398.

Previous post

Jualan Proton Pada Bulan Mei Tunjuk Tanda Pemulihan

Next post

Porsche 911 Speedster Kini di Malaysia - RM2.7 Juta

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *