Berita Auto

Ford Mustang Kereta Sport Terlaris Untuk 5 Tahun Berturut-turut

Sempena ulang tahun ke-56 Mustang yang disambut pada 17 April lalu, Ford mengumumkan bahawa model ikonik itu merupakan kereta sport terlaris di dunia untuk tempoh lima tahun berturut-turut.

Bukan itu sahaja, Mustang juga merupakan kereta sport paling laris di Amerika Syarikat sejak 50 tahun lalu.

Sejak diperkenalkan ke pasaran global pada 2015, Mustang generasi keenam telah terjual sebanyak 633,000 unit di 146 buah negara setakat Disember 2019.

Menurut data pendaftaran kenderaan baharu dari IHS Markit, jualan Mustang untuk tahun 2019 sahaja mencecah 102,900 unit. Jualan di Jerman meningkat 33 peratus manakala jualan di Poland dan Perancis meningkat sekali ganda.

Secara keseluruhannya, Ford menjual 9,900 unit Mustang di Eropah pada tahun lalu, mewakili peningkatan sebanyak tiga peratus berbanding tahun sebelumnya.

Bagi pasaran Eropah, Mustang ditawarkan dalam versi fastback dan covertible dengan pilihan enjin 5.0-liter V8 dengan 449 PS dan EcoBoost 2.3-liter dengan 291 PS. Model edisi istimewa iaitu Mustang Bullit pula dikuasakan oleh enjin 5.0-liter V8 yang menghamburkan 460 PS.

Previous post

Pelanggan Mazda Di UK Boleh Hantar Gambar Untuk Sebut Harga Pembaikan

Next post

UMW Toyota Motor Buka Semula Pusat Servis Terpilih

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *