Berita Auto

Toyota Ucap Selamat Tinggal Kepada 86

Pada Januari 1986, Toyota memperkenalkan AE86 Black Limited sebagai edisi terakhir sebelum kereta sport pacuan roda belakang yang popular itu dihentikan pengeluarannya.

Kini, syarikat itu melakukan perkara yang sama dengan 86 Black Limited. Model edisi khas ini sebenarnya telah diperkenalkan dalam versi konsep pada Januari lalu di Tokyo Auto Salon 2020, namun ia agak tenggelam dek kemunculan GR Yaris ketika itu.

Terhad kepada 86 unit sahaja, model produksi ini menampilkan bahagian luaran serba hitam dan rim berwarna gangsa berukuran 17 inci. Tersembunyi di sebalik rim tersebut adalah cakera brek Brembo dengan angkup berwarna merah.

Antara penambahbaikan lain yang terdapat pada model ini adalah spoiler belakang dan penyerap hentak SACHS. Bahagian bawah badan turut dikemas kini untuk meningkatkan aliran udara.

Tema hitam diteruskan di dalam kabin menerusi upholsteri kulit/Alcantara pada tempat duduk serta kemasan ala suede pada papan pemuka. Menjadikan model ini lebih eksklusif adalah logo Black Limited pada papan pemuka.

86 akan disusuli oleh model generasi kedua yang dikatakan akan diperkenalkan pada 2021. Model baharu itu bakal menggunakan nama baharu iaitu GR86 dan juga enjin turbo.

Previous post

Pengeluaran BMW i8 Dihentikan April Ini

Next post

Lexus LM300h Dilancarkan di Thailand

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *