Konsep / Lakaran / Intipan

Toyota 86 Bakal Dapat Nama, Platform dan Enjin Baharu

Ia bukanlah satu rahsia bahawa Toyota dan Subaru sedang membangunkan model pengganti 86/BRZ yang kini sudah mencecah usia lapan tahun.

Toyota GR86

Dalam perkembangan terbaru, Autocar melaporkan bahawa versi Toyota akan menggunakan nama baharu iaitu GR86, sekaligus mengembangkan lagi divisyen Gazoo Racing yang kini terdiri daripada GR Supra dan GR Yaris.

Laporan tersebut turut mengesahkan bahawa model baharu itu akan menampilkan beberapa perubahan besar. Antaranya adalah penggunaan platform TNGA Toyota bagi menggantikan platform Subaru.

Dengan pembangunan enjin diketuai oleh Subaru, model tersebut juga dikatakan akan mendapat enjin ‘boxer’ turbo 2.4-liter empat silinder daripada Ascent, Legacy dan Outback.

Di dalam Ascent, enjin tersebut menghamburkan 255 hp, satu peningkatan yang signifikan berbanding 200 hp yang dibekalkan oleh enjin NA 2.0-liter yang digunakan oleh model sedia ada.

Berita ini pasti akan menggembirakan peminat 86/BRZ yang sudah sekian lama mengidamkan enjin turbo.

Previous post

Geely Ceburi Pasaran Teksi Jepun

Next post

PDRM Beri Diskaun Saman 50% dari 18 Januari hingga 1 Februari

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *