Berita Auto

Lexus LM300h Dilancarkan di Thailand

Toyota Alphard dan Vellfire dianggap sudah cukup mewah bagi kebanyakan orang namun kedua-dua model itu masih tidak dapat menandingi Lexus LM.

Model ini baru sahaja dilancarkan di Thailand, di mana ia ditawarkan dalam versi LM300h dengan dua pilihan konfigurasi tempat duduk. Harga bermula dari 6.5 juta baht (RM874,490) bagi versi empat tempat duduk dan 5.5 juta baht (RM739,950) bagi versi tujuh tempat duduk.

Walaupun berkongsi platform dengan Alphard/Vellfire, LM tampil jauh lebih bergaya dengan jeriji ‘Spindle’ dan lampu LED yang tajam di hadapan dan belakang. Ia juga didatangkan dengan lampu isyarat berjujukan dan dua bumbung suria.

Di dalam, versi empat tempat duduk mempunyai kelebihan dari segi kelengkapan. Antaranya adalah panel privasi, peti sejuk 14 liter dan fungsi urut pada tempat duduk.

Kedua-duanya didatangkan dengan sistem audio Mark Levinson dengan Quantom Logic Surround (QLS) namun versi empat tempat duduk mendapat 19 pembesar suara manakala versi tujuh tempat duduk mendapat 17 pembesar suara.

Selain itu, cermin akustik yang berupaya mengurangkan bunyi di dalam kabin turut disertakan secara standard.

LM300h dikuasakan oleh tren kuasa hibrid dengan enjin 2.5-liter empat silinder dan motor elektrik yang menghasilkan kuasa keseluruhan sebanyak 197 hp.

Dari segi keselamatan, ia dilengkapi dengan Lane Tracing Assist, Dynamic Radar Cruise Control, Pre-Collision Protection System, Adaptive High Beam System, Parking Brake Support, Panoramic View Monitor dan Digital Rear-View Mirror.

Previous post

Toyota Ucap Selamat Tinggal Kepada 86

Next post

Mansory Cabrera - Aventador SVJ Yang Disuntik Steroid

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *