Berita Auto

Koenigsegg Gemera Hadir Dengan 1,700 hp!

Seperti yang anda mungkin tahu, acara Geneva Motor Show 2020 telah dibatalkan akibat penularan wabak Covid-19 namun pengenalan model-model baharu akan tetap diteruskan.

Koenigsegg, salah satu pengeluar yang sepatutnya menyertai pameran tahunan tersebut, telah memperkenalkan model empat tempat duduk pertamanya iaitu Gemera.

Digelar sebagai ‘Mega-GT’ pertama dunia, Gemera dikuasakan oleh enjin Freevalve 2.0-liter tiga silinder dengan turbo berkembar yang menghamburkan 600 hp dan 600 Nm. Disebabkan jumlah kuasanya yang tinggi, enjin ini digelar sebagai ‘Tiny Friendly Giant’.

Enjin ini dibantu oleh tiga buah motor elektrik – satu pada gandar hadapan dan selebihnya pada gandar belakang. Menurut Koenigsegg, gandingan ini menghasilkan 1,700 hp dan 3,500 Nm.

Ini membolehkan Gemera memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam hanya 1.9 saat. Bukan itu sahaja, ia juga dikatakan boleh mencapai kelajuan 400 km/j.

Dengan adanya bateri 800 volt, jentera ini boleh dipandu sejauh 50 km dengan menggunakan kuasa elektrik semata-mata. Lebih menarik lagi, ia boleh mencecah kelajuan 300 km/j tanpa menggunakan setitik bahan api.

Bagi memastikan jentera ini dapat dikawal dengan baik, Koenigsegg menggunakan teknologi All-Wheel Steering, All-Wheel Drive dan juga All-Wheel Torque Vectoring.

Hanya 300 unit Gemera akan dihasilkan.

Previous post

Servis BMW Anda Di Rumah Dengan Auto Bavaria i-Service

Next post

Lexus UX 200 Masuk Pasaran Malaysia Dengan Harga Dari RM243,888

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *