Berita Auto

Ferrari Rancang Sambung Pengeluaran Pada 14 April

Selepas menggantung operasinya pada 15 Mac lalu, Ferrari kini mengumumkan bahawa ia merancang untuk menyambung semula pengeluaran pada 14 April.

Bagaimanapun, keputusan ini bergantung kepada rantaian bekalan bagi memastikan ia mempunyai bahagian dan komponen yang diperlukan untuk meneruskan proses pembuatan kereta di kilangnya.

Dalam satu kenyataan, syarikat itu berkata bahawa semua aktiviti kerja yang boleh dilakukan dari rumah akan diteruskan sepertimana minggu-minggu sebelum ini.

Memandangkan ketidakpastian ekoran penularan wabak Covid-19, Ferrari mengambil tindakan yang sesuai untuk memastikan kesejahteraan pekerjanya.

Syarikat itu juga berkata bahawa ia berada di landasan yang betul untuk menyediakan panduan kewangan selanjutnya kepada pelabur semasa pembentangan pendapatan suku pertama pada 4 Mei ini.

Itali merupakan antara negara paling teruk terjejas akibat Covid-19. Berdasarkan data Worldometers, terdapat 97,689 kes dan 10,779 kematian dilaporkan di negara itu.

Previous post

Honda CB-F Concept Tampil Rekaan Retro

Next post

Ford Mustang RTR Spec 5 Hadir Dengan 750 hp, 908 Nm

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *