Berita Auto

Pusat 3S Proton Baharu Dibuka di Puchong

Lesydear Automobile Sdn Bhd telah melancarkan pusat 3S Proton baharu yang terletak di Puchong.

Majlis pelancaran dirasmikan oleh Gobind Singh Deo, Menteri Komunikasi dan Multimedia, dan turut dihadiri oleh Ng Sze Han, Exco Negeri Selangor, serta pihak pengurusan Proton.

Dibangunkan dengan pelaburan bernilai RM2.5 juta, pusat 3S ini menampilkan bilik pameran yang mampu memuatkan sehingga lima buah kenderaan, enam ruang servis serta empat pengangkat (hoist).

Kemudahan seperti cafe, port pengecas laptop serta Wifi percuma turut disediakan untuk keselesaan pelanggan.

Terletak di Bandar Bukit Puchong, pusat ini boleh diakses dengan mudah menerusi Lebuhraya LPD. Ia menyediakan perkhidmatan jualan, servis dan alat ganti di bawah satu bumbung untuk pelanggan di sekitar kawasan tersebut.

Dengan pembukaan fasiliti terbaru ini, Proton kini mempunyai 120 pusat 3S dan 4S di seluruh negara.

“Kita semua berbangga dengan Proton dan pencapaiannya. Lagi pun ia merupakan kereta rasmi saya,” ujar Gobind.

Previous post

Lexus UX 200 Dibuka Untuk Tempahan di Malaysia

Next post

Toyota Vios Challenge Pusingan 3: Keputusan dan Galeri

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *