Berita Auto

Lexus UX 200 Dibuka Untuk Tempahan di Malaysia

Pada November 2018, Lexus Malaysia mempamerkan UX 200 di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS’18) dan hari ini syarikat itu mengumumkan bahawa crossover kompak itu telah dibuka untuk tempahan.

Dibina berasaskan platform Global Architecture-C (GA-C), model tersebut akan ditawarkan dalam tiga versi iaitu Urban, Luxury dan F-Sport. Harga (harga atas jalan tanpa insurans) adalah seperti berikut:

  • UX 200 Urban – RM243,888
  • UX 200 Luxury – RM283,888
  • UX 200 F-Sport – RM299,888

UX 200 dikuasakan oleh enjin petrol Dynamic Force 2.0-liter empat silinder yang menghasilkan 169 hp dan 205 Nm. Kotak gear Direct-Shift CVT 10 kelajuan ditugaskan untuk menyalurkan kuasa tersebut ke roda hadapan.

Selain itu, ia turut hadir dengan ciri-ciri seperti tailgate automatik, pengecas wayarles, cermin panoramik dan pelbagai lagi. Turut disertakan adalah sistem keselamatan Lexus Safety System + (LSS+).

Seperti model lain yang diimport oleh Lexus Malaysia, UX 200 didatangkan dengan jaminan selama lima tahun tanpa had perbatuan. Sokongan selepas jualan boleh didapati di kesemua tujuh pusat servis Lexus di seluruh Malaysia.

Previous post

Sudahkah Proton Membayar Balik Pinjaman RM1.5 Bilion Mereka?

Next post

Pusat 3S Proton Baharu Dibuka di Puchong

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *