Berita Auto

Promosi Tahun Baru Cina dari Volkswagen

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) menyambut kemeriahan Tahun Baru Cina kali ini dengan “wong” untuk semua.

Bermaksud nasib yang baik dalam bahasa Kantonis, ada “wong” buat mereka yang berminat untuk memulakan tahun baru dengan sebuah Volkswagen baharu serta pelanggan sedia ada.

Berikut adalah model dan penjimatan yang ditawarkan:

Bagi yang ingin membeli Tiguan (Highline, JOIN dan Sound & Style) mereka akan menikmati “wong” dalam bentuk tambahan insurans dan rebat petrol percuma selama setahun.

Selain itu, Volkswagen turut menawarkan pemeriksaan percuma 20 poin, diskaun sehingga 20% ke atas bateri dan tayar dan paket angpow Volkswagen percuma.

Bukan itu sahaja, pemilik dengan baucar penyelenggaraan percuma yang berbelanja minimum RM388 akan menerima isian bendalir penyejuk, pembersih cermin utama dan minyak enjin secara percuma.

Mereka yang tidak mempunyai baucar hanya perlu berbelanja minimum RM488 untuk menikmati tawaran tersebut. Pelanggan VPCM boleh menikmati tawaran sama dengan belanja minimum RM288. Tawaran ini sah sehingga 29 Februari 2009.

Semua model Volkswagen hadir dengan penyelenggaraan percuma selama tiga tahun, serta jaminan tanpa had dan bantuan tepi jalan selama lima tahun.

Previous post

Proton Jual 100,821 Unit Kereta Pada 2019

Next post

Pemahaman Pembangunan Global Geely

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *