Bisnes

Proton Jual 100,821 Unit Kereta Pada 2019

Proton menutup tirai tahun 2019 dengan jumlah jualan keseluruhan sebanyak 100,821 unit. Ini merupakan kali pertama syarikat itu mencecah jualan 100,000 unit sejak 2015.

Jumlah itu juga menujukkan peningkatan sebanyak 55.7% berbanding tahun 2018, meletakkan Proton sebagai lima jenama automotif teratas bagi pertumbuhan jualan tertinggi pada tahun 2019.

Sementara itu, pegangan pasaran pula dianggarkan berada pada 16.7%, angka tertinggi sejak 2014.

Used Proton X70 1

Bagi jualan mengikut bulan, Disember mencatat prestasi terbaik sepanjang tahun 2019 dengan jualan mencecah 11,117 unit, meningkat sebanyak 112% berbanding bulan yang sama pada 2018.

Jumlah itu juga bersamaan 20.5% dalam Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) bagi bulan Disember dan ini juga merupakan kali pertama Proton menjual lebih daripada 11,000 kereta dalam tempoh sebulan sejak Julai 2014.

Menurut Proton, faktor pertumbuhan jualan ini adalah X70 serta empat model naik taraf yang dilancarkan pada tahun lalu. SUV itu mengekalkan kedudukan sebagai pendahulu segmen sepanjang tahun dan mengakhiri 2019 dengan jualan sebanyak 26,331 unit.

Saga menjadi sedan segmen A paling popular dengan jualan sebanyak 3,892 unit pada bulan Disember. Keseluruhan jualan untuk 2019 adalah 38,144 unit, naik 36%.

Persona mengakhiri bulan Disember dengan jualan sebanyak 3,384 unit, jumlah tertinggi bagi model itu sejak Mac 2012. Ia menikmati peningkatan jualan keseluruhan sebanyak 29% iaitu 21,876 unit pada tahun lalu.

Iriz pula mencatatkan jualan hampir dua kali ganda untuk tahun ini dan meningkat sebanyak 97% selepas dilancarkan pada bulan April, manakala Exora versi terbaharu yang diperkenalkan pada akhir bulan Mei lalu, menunjukkan pertumbuhan jualan sebanyak 40%.

Barisan produk Proton disokong oleh 120 cawangan 3S dan 4S Proton yang beroperasi di seluruh negara. Bagi tahun 2020, syarikat itu bercadang untuk membuka lebih banyak rangkaian jualan.

Previous post

NIO EC6 - SUV Coupe Elektrik Berprestasi Tinggi

Next post

Promosi Tahun Baru Cina dari Volkswagen

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *