Bisnes

Renault Lantik Ketua Pegawai Eksekutif Baharu

Renault telah mengumumkan pelantikan bekas presiden SEAT, Luca de Meo sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi baharu berkuatkuasa 1 Julai 2020.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Sementara Renault iaitu Clotilde Delbos akan terus menyandang jawatan itu sehingga diambil oleh de Meo. Beliau akan dilantik sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Renault pada tarikh yang sama.

Dilahirkan di Milan, Itali pada 1967, Luca de Meo merupakan seorang graduan pentadbiran perniagaan dari Luigi Bocconi Commercial University di Milan.

Clotilde Delbos

Beliau memulakan kariernya di Renault sebelum menyertai Toyota Europe, kemudian Kumpulan Fiat di mana beliau menguruskan jenama Lancia, Fiat dan Alfa Romeo.

Pada tahun 2009, de Meo menyertai Kumpulan Volkswagen sebagai Pengarah Pemasaran untuk jenama Volkswagen dan kumpulan. Beliau kemudiannya memegang jawatan sebagai ahli Lembaga Pengarah bagi jualan dan pemasaran Audi AG pada 2012.

de Meo merupakan Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif SEAT dari 1 November 2015 hingga Januari 2020 dan juga ahli lembaga Ducati dan Lamborghini, dan Pengerusi Lembaga Pengarah Volkswagen Group di Itali.

Previous post

Jika Anda Ada Akaun Spotify Anda Kena Beli Kereta BMW

Next post

Toyota Dilaporkan Sedang Bangunkan Supra GRMN

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *