Berita Auto

PLUS Tutup Lorong Tambah Nilai Hingga 2 Januari 2020

Bagi mengurangkan kesesakan serta melancarkan pergerakan trafik pada cuti perayaan Krismas dan Tahun Baru yang akan datang, PLUS Malaysia Berhad akan menutup semua Lorong Tambah Nilai di plaza tol masuk seliaannya mulai 24 Disember 2019 hingga 2 Januari 2020.

Bagi memastikan perjalanan yang lebih selesa, PLUS menasihatkan agar pelanggan merancang perjalanan mereka dan menambah nilai kad Touch ‘n Go mereka lebih awal selain memastikan kad mereka mempunyai baki yang mencukupi.

Pada musim perayaan ini, PLUS menjangkakan peningkatan jumlah trafik sebanyak 18 peratus kepada 2 juta kenderaan berbanding 1.7 juta kenderaan pada hari-hari biasa.

Oleh itu, perjalanan di plaza tol dijangka terjejas sekiranya masih terdapat pelanggan yang terkandas dan tidak dapat membuat transaksi tol apabila baki pada kad Touch ‘n Go mereka tidak mencukupi. Apabila ini berlaku, ia sudah pasti mengganggu keselesaan dan perjalanan pelanggan yang lain.

PLUS juga tidak menyediakan perkhidmatan tambah nilai di lorong keluar di plaza tol. Namun begitu, terdapat kira-kira 11,000 pusat menambah nilai kad Touch ‘n Go di seluruh negara yang merangkumi mesin ATM, R&R, stesen minyak, kedai serbaneka, pasaraya dan lain-lain lagi.

Pada masa yang sama, PLUS juga ingin memaklumkan bahawa pelanggan lebuhraya PLUS masih belum boleh menggunakan perkhidmatan e-Wallet PayDirect pada ketika ini. Pelanggan dinasihatkan supaya menambah nilai kad Touch ‘n Go mereka dan menggunakannya untuk semua transaksi tol di lebuhraya seliaan PLUS.

Previous post

Volkswagen Akan Lancar 34 Model Baharu Tahun Hadapan

Next post

Audi SQ7 Terima Sentuhan ABT

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *