Khidmat Masyarakat

Toyota Outrun Raih RM151,100 Untuk Bantu Golongan OKU

Sempena Olimpik Tokyo 2020, Toyota Motor Corporatio (TMC) turut memulakan kempen jangka panjang Start Your Impossible yang menggalakkan setiap orang untuk melangkaui apa yang dirasakan mustahil dalam diri masing-masing.

Toyota Outrun

Untuk itu, menjadi rakan penganjur kepada acara Olimpik dan Paralimpik 2020 di Jepun nanti adalah contoh kepada komitmen berkenaan.

Sebagai menyokong matlamat TMC, UMW Toyota Motor (UMWT) juga telah mensejajarkan usaha-usaha CSR syarikat pada tahun ini dengan mewujudkan platform Start Your Impossible (SYI) melalui dua elemen — acara persembahan musik untuk kebajikan, Toyota Classics; dan Toyota Outrun yang merupakan sebuah acara larian amal.

Di bawah SYI, UMWT memperkenalkan Dual Heroes Concept yang menampilkan atlit tempatan yang menggalas cabaran di dua lapangan
— dalam sukan dan juga kehidupan harian. Melalui konsep ini, atlet Paralimpik pertama Malaysia yang diangkat sebagai Atlit Tahunan 2016, Abdul Latif Romly telah dipilih sebagai duta.

Latif dipilih sebagai duta bagi kempen SYI di atas pencapaian luar biasanya ketika Paralimpik Musim Panas 2016, di mana beliau memecahkan rekod bagi acara lompat jauh T20 sebanyak tiga kali dalam satu hari.

Bagi memulakan usaha terbaru ini, UMWT menganjurkan acara sulung Toyota Outrun pada 17 November lalu di Bandar Rimbayu, Kota Kemuning, Selangor untuk mengumpul dana untuk disalurkan kepada Majlis Paralimpik Malaysia. Sejumlah RM151,100 berjaya dikutip hasil daripada penyertaan pelari.

Acara larian sepanjang 8 km tersebut menyaksikan penglibatan seramai 3,000 peserta, di mana 20 daripadanya merupakan golongan kelainan upaya.

Sebagai tanda terima kasih kepada sumbangan dari UMWT, Naib Presiden, Majlis Paralimpik Malaysia, YBhg Dato’ Subramaniam Raman berkata pihaknya akan memanfaatkan dana berkenaan bagi tujuan program “Latihan dan Kecergasan Orang Kelainan Upaya”.

Previous post

McLaren Elva - 0-100 Km/j Dalam Kurang Tiga Saat

Next post

Mitsubishi Lancar Mirage, Attrage Facelift di Thailand

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *