Berita Auto

Mitsubishi Lancar Mirage, Attrage Facelift di Thailand

Mitsubishi telah melancarkan Mirage dan Attrage versi facelift di Thailand. Kedua-dua model tersebut akan dijual di negara itu bermula bulan ini, diikuti dengan pasaran-pasaran lain kemudian.

Mirage dan Attrage merupakan model segmen B yang saling berkait, cuma dibezakan menerusi bentuk badan di mana Mirage adalah hatchback manakala Attrage adalah sedan. Kedua-duanya dipasang di kilang Laem Chabang di Thailand.

Mitsubishi Mirage Attrage Facelift

Apa yang baru?

  • Rekaan Dynamic Shield pada bahagian hadapan dengan
  • Susun atur lampu hadapan yang membuatkan ia kelihatan lebar dengan rekaan lampu LED yang bersambung dengan gril dan lampu kabus
  • Begitu juga dengan bahagian belalang, di mana lampu LED berbentuk L menyerlahkan kelebaran bampar
  • Kedua-dua Mirage dan Attrage ditawarkan dalam warna baharu White Diamond
Mitsubishi Mirage Attrage Facelift
Mirage
  • Mirage boleh didapati dalam warna baharu Sand Yellow
  • Kedua-dua model ditawarkan dengan rim aloi 15 inci baharu dengan kemasan diamond-cut dwi-tona pada Mirage dan perak pada Attrage
  • Rekaan perehat tangan baharu dengan fabrik lembut
  • Corak karbon yang sporty pada panel meter dan panel suis tingkap
  • Varian tinggi didatangkan dengan rekaan tempat duduk istimewa
Mitsubishi Mirage Attrage Facelift
Attrage
  • Untuk Mirage, tempat duduk dikemaskan dengan gabungan fabrik/kulit sintetik yang sporty
  • Untuk Attrage, upholsteri kulit sintetik dengan rekaan monotone digunakan
  • Tambahan jalur (piping) dan jahitan pada bahagian sisi kerusi memberikan sentuhan elegan
  • Sistem Smartphone Display Audio (SDA) dengan skrin berukuran tujuh inci yang menyokong fungsi Apple CarPlay dan Android Auto
Previous post

Toyota Outrun Raih RM151,100 Untuk Bantu Golongan OKU

Next post

Perodua Kembali Menyumbang Ke Hospital Selayang Sekali Lagi

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *