Berita Auto

Apakah Prosedur Sebenar Tarik Kereta?

Ya! Kemungkinan kereta anda ditarik memang menakutkan. Kita takut sebab kita tidak tahu. Jika kita tahu, apa hak kita, apa hak pihak penarik kita akan berasa lebih tenang bila bersemuka dengan situasi yang kurang menyenangkan ini.

Ini dia beberapa fakta berkenaan Tarik Kereta.
  1. Pihak Polis tidak terlibat serta melindungi aktiviti penarikkan kenderaan yang dijalankan oleh Ejen Penarik kenderaan mewakili Institusi kewangan.
  2. Kebanyakkan laporan Polis yang dibuat oleh ejen – ejen penarik kenderaan (EPS)  yang di lantik oleh pihak institusi kewangan hanya selepas proses penarikkan kenderaan dijalankan.
  3. Laporan Polis yang dibuat oleh ejen penarik kereta adalah bagi menyatakan kesahihan bahawa tindakan yang diambil oleh ejen-ejen yang dilantik oleh Institusi kewangan adalah mengikut prosedur perundangan.
  4. Kenderaan yang dibeli secara “sewa beli” terus menjadikan pembeli sebagai “penyewa” manakala Institusi kewangan adalah “pemunya”.
  5. Mengikut Akta Sewa Beli, Intistusi Kewangan berhak mengambil semula (Tarik) kenderaan tersebut apabila penyewa gagal membayar jumlah ansuran yang telah ditetapkan dalam syarat perjanjian dengan Institusi kewangan.
  6. Ejen Penarik Kenderaan (EPS) perlu membuat permohonan dan pendaftaran dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan Dan Koperasi (KPDNKK) bagi memperolehi kad kuasa ejen penarikkan kenderaan (EPS). 

Hak penyewa beli (masyarakat) yang perlu Ejen Penarik Kenderaan (EPS) patuhi sebelum membuat penarikkan kenderaan
  1. Tidak dibenarkan menarik kenderaan yang berada di kawasan kediaman berpagar.
  2. Tidak dibenarkan menarik kenderaan pada hari cuti umum.
  3. Masa untuk menjalankan penarikkan kenderaan  bermula jam 9.00 pagi sehingga jam 9.00 malam.
  4. Perlu mengemukakan kepada penyewa beli iaitu surat arahan Tarik dari Institusi kewangan dan perintah Mahkamah sekiranya kenderaan yang hendak ditarik telah membuat bayaran melebihi 75% daripada pinjaman kenderaan.
  5. Ejen Penarik Kenderaan mestilah mempunyai Kad Autoriti Ejen Perolehan Semula (EPS) daripada KPDNKK.
  6. Perlu bersikap professional.
  7. Penampilan yang kemas dan bersesuaian.
  8. Penggunaan kekerasan sepanjang proses penarikkan adalah tidak dibenarkan.
  9. Hendaklah memberi masa yang cukup kepada penyewa beli untuk mengeluarkan barang peribadi daripada kenderaan yang hendak ditarik.
  10. Selepas kenderaan ditarik hendaklah membuat laporan Polis dengan serta merta bagi maksud kesahihan menjalankan prosedur penarikkan kenderaan.
  11. Sebarang permasalahan melibatkan penarikkan kenderaan terutamanya ada perlakuan jenayah, kekasaran, pemerasan duit ataupun pencerobohan premis tanpa izin, pihak penyewa beli (masyarakat) berhak membuat laporan Polis bagi maksud mengambil tindakan Undang – undang keatas penarik kenderaan/Intitusi Kewangan tersebut dan begitu juga sebaliknya.
Bila penarikan kenderaan sudah selesai berlaku:
  1. Penyewa beli boleh mendapatkan semula kenderaan mereka setelah membayar jumlah tunggakan pinjaman, jumlah baki hutang pinjaman dan kos – kos berkaitan penarikkan.
  2. Jika tidak bayar dalam masa 21 hari setelah Notis Jadual Kelima dihantar,  pihak Institusi Kewangan berhak menjual kenderaan tersebut melalui kaedah lelongan.
Previous post

3 BLINKS Menang Peluang Berjumpa Dengan Blackpink Di Korea

Next post

10 Finalis BMW Shorties 2019

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *