Khidmat Masyarakat

10 Finalis BMW Shorties 2019

Finalis-finalis BMW Shorties 2019 (bukan dalam turutan tertentu) ialah:

The Past oleh Tan Hong Ken Satu oleh John Hafiz Ralat the Musical oleh Khairi Anwar Peon oleh Shaiful Yahya, Syaz Zainal dan June Wong Pemburungan oleh Chulat (Ameerul Affiq Adenan) Pace oleh Ekin Kee Charles OSOM: jangan kena tangkap sudah oleh Adam Zainal Kencing Malam oleh Hyrul Anuar Di Sini Aku oleh Putri Purnama Sugua ALICE oleh D-Ni

Calon-calon Anugerah Sokongan BMW Shorties 2019 (bukan dalam turutan tertentu) ialah:

  • Pengarah Terbaik
  • Satu oleh John Hafiz
  • Ralat the Musical oleh Khairi Anwar
  • Peon oleh Shaiful Yahya, Syaz Zainal dan June Wong
  • Pace oleh Ekin Kee Charles
  • Di Sini Aku oleh Putri Purnama Sugua
  • Sinematografi Terbaik
  • The Kingdom or The Beauty oleh Yuki Eyok Wun Sim
  • Talking in My Sleep 夜夢囈語 oleh Wong Tee Hong
  • Ralat the Musical oleh Sunzane Tan
  • Kencing Malam oleh Emmy Ren
  • Birthday oleh Adrian Wong
  • Lakon Layar Terbaik
  • Untuk Satu Malam oleh Hazim Hisham
  • Ralat the Musical oleh Khairi Anwar
  • Pemburungan oleh Chulat (Ameerul Affiq Adenan)
  • Pace oleh Ekin Kee Charles
  • Lampau oleh Sherwynn Victor, Derrek Lim dan Abbas Mahmood
  • Rekaan Produksi Terbaik
  • Unknown oleh Lawrence Tan
  • The Kingdom or The Beauty oleh Justin Chong Jun Wee
  • Satu oleh Fadzlan Makhfud
  • Rekaan Bunyi Terbaik
  • There’s No Time To Explain oleh Lee Shin Shyuan
  • Ralat the Musical oleh Ryan Han
  • Husk oleh Kwokyong Ng
  • Di Sini Aku oleh Putri Purnama Sugua
  • Suntingan Terbaik
  • There’s No Time To Explain oleh Lee Shin Shyuan
  • Satu oleh Chulat (Ameerul Affiq Adenan)
  • Peon oleh Shaiful Yahya, Syaz Zainal dan June Wong
  • Pace oleh Ekin Kee Charles
  • Di Sini Aku oleh Clifford Ray
  • Pelakon Lelaki Terbaik
  • Shahfi Rafiq dalam Lampau
  • Danny Emirrul dalam Pemburungan
  • Alif Azeman dalam Peon
  • Afiq Rahem dalam Dibuaian Mimpi
  • Pelakon Wanita Terbaik
  • Yuyun Hikmah dalam OSOM: jangan kena tangkap sudah
  • Putri Syahadah Nurjannah dalam Kencing Malam
  • Nur Hafiyah Batrisyia binti Mohd dalam Lampau
  • Kara Inez dalam Satu
  • Pelajar Terbaik
  • The Past oleh Tan Hong Ken
  • Talking in My Sleep 夜夢囈語 oleh Tan Su Choon
  • Made by Student oleh Chua Chi Sung
  • How To Be Alone oleh Choy Yuin Jann
  • Dibuaian Mimpi oleh Putra Adib bin Zainudin

Jika anda ingin mendapatkan maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi BMW Shorties di www.bmwshorties.com.my atau laman Facebook rasmi BMW Shorties di www.facebook.com/bmwshorties serta laman Instagram di www.instagram.com/bmwshorties.

Untuk maklumat lanjut mengenai Urbanscapes 2019, sila layari www.urbanscapes.com.my. Daftarkan penyertaan anda ke bengkel-bengkel Tayangan BMW Shorties di www.bmwshorties.com.my/workshops, bilangan tempat duduk adalah terhad.

Para pemenang akan diumumkan pada hari Sabtu, 23 November. BMW Shorties akan mengambil bahagian di REXKL mulai hari Sabtu, 16November untuk Urbanscapes 2019.

Kenyataan Media

Kuala Lumpur, 11 November 2019 – BMW Shorties, pertandingan filem pendek yang paling berprestij dan paling lama penganjuran di Malaysia telah mengumumkan 10 Finalis Terbaik bagi edisi pertandingannya untuk tahun 2019. Para finalis tahun ini juga akan bertanding untuk memenangi Anugerah Pilihan Popular BMW Shorties 2019, yang kini telah dibuka untuk menerima undian warga umum di www.bmwshorties.com.my/pca.

Sashi Ambi, Ketua Komunikasi Korporat BMW Group Malaysia menyatakan, “Seperti tahun-tahun yang sebelumnya, penilaian penyertaan yang diterima tahun ini juga amat mencabar. Aspek kesenian dan kreativiti amat dititikberatkan pada tahun ini. Saya percaya bahawa panel juri telah membuat pemilihan menarik yang bukan sahaja memberi sumbangan positif kepada hasil karya yang dibuahkan melalui program BMW Shorties, malah akan menyumbang landskap kesenian kreatif di Malaysia secara umumnya.”

Indrani Kopal, pembikin filem, ahli akademi serta juri BMW Shorties turut mengambil peluang untuk berkata, “Dengan tanggungjawab yang diberi untuk menilai penyertaan tahun ini, saya berasa teruja untuk menyaksikan topik-topik yang menarik dan luar biasa dipersembahkan dengan cemerlang oleh para peserta. Saya berbangga untuk menjadi sebahagian daripada proses yang bukan sahaja mengiktiraf gubahan imej yang tercantik, malah elemen-elemen penting yang lain yang turut dipertimbangkan.”

Saw Teong Hin, pengarah dan juri BMW Shorties berkongsi, “Calon-calon finalis BMW Shorties telah mengetengahkan suara mereka yang original dan serba baharu dalam industri kreatif tempatan, dan saya percaya kedua-dua aspek ini amat diperlukan dalam landskap masa kini. Saya yakin calon-calon tersebut mampu pergi jauh dalam industri ini dengan kejayaan yang mereka telah lakar di BMW Shorties.”

Nadira Ilana, pengarah dan juri BMW Shorties turut berkata, “Melihat filem-filem yang dihantar kali ini, saya percaya BMW Shorties berjaya sampai ke tahap ini dek amalannya yang menggalakkan diversiti dan keinklusifan. Saya berbesar hati untuk melihat banyak penyertaan filem-filem dari Sabah dan Sarawak tahun ini. Peningkatan tersebut mendemonstrasikan bagaimana BMW Shorties telah menyediakan bukan sahaja peluang untuk bakat-bakat tempatan, malah wadah yang sempurna untuk warga Malaysia Timur meluahkan suara mereka.”

BMW Shorties akan mengumumkan Pemenang Hadiah Utama ke-13 pada hari Sabtu, 23 November 2019 di REXKL, di mana juara akan membawa pulang geran produksi bernilai RM80,000. Pelbagai faset pembikinan filem yang lain juga akan diiktiraf melalui kategori penganugerahan seperti: Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Sinematografi Terbaik, Rekaan Produksi Terbaik, Suntingan Terbaik, Rekaan Bunyi Terbaik, Anugerah Pilihan Popular serta kategori baharu yang diperkenalkan tahun ini, Anugerah Pelajar Terbaik.

Filem pendek yang dihasilkan oleh 10 Finalis Terbaik BMW Shorties 2019 kini tersedia untuk tontonan umum serta  pengundian juga dapat dibuat di laman web BMW Shorties DI SINI. Warga umum dipelawa untuk mengundi pemenang Anugerah Pilihan Popular kegemaran mereka, undian boleh dibuat mulai hari ini hingga 23 November 2019 pada jam 12:00 tengah hari.

BMW Shorties juga akan mengambil bahagian di REXKL untuk acara Urbanscapes 2019 dari 16 hingga 24 November 2019. Acara bertempoh seminggu ini di REXKL akan membariskan karya-karya ramai pengarah terkenal di rantau Asia Tenggara termasuk pemenang BMW Shorties yang terdahulu – Fly by Night oleh Zahir Omar dan Jagat oleh Shanjhey Kumar. Acara tersebut juga akan menampilkan lima bengkel menarik dikemudi oleh peneraju-peneraju industri perfileman tempatan, seperti pengarah, Adrian Teh (PASKAL: The Movie) dan pembikin dokumentari, Indrani Kopal (Incarcerated Rhythm), mereka berdua berperanan sebagai juri untuk BMW Shorties 2019.

Previous post

Apakah Prosedur Sebenar Tarik Kereta?

Next post

Kenderaan Elektrik Hibrid Jeep Yang Pertama

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *