Berita Auto

Mercedes-AMG One Akan Diserahkan Kepada Pelanggan Bermula 2021

Dua tahun lalu, Mercedes-Benz memperkenalkan Mercedes-AMG One, sebuah hypercar yang sarat dengan teknologi Formula 1. Model eksklusif itu dijangka memasuki fasa pengeluaran bermula tahun ini namun sehingga kini masih tiada berita mengenainya.

Bagaimanapun, ketika bercakap kepada Road & Track di Los Angeles Auto Show, ketua pengurusan produk dan jualan global AMG Michael Knöller mengesahkan bahawa hypercar itu akan diserahkan kepada pelanggan bermula 2021.

Menurut Knöller, setiap pelanggan AMG One telah dimaklumkan mengenai perkara ini. Tetapi apakah yang menyebabkan kelewatan ini?

Seperti yang dijangka, memindahkan teknologi kereta lumba Formula 1 ke kereta yang sah untuk digunakan di jalan raya bukanlah satu perkara yang mudah.

Salah satu cabaran terbesar yang perlu dihadapi oleh jurutera AMG adalah untuk membuatkan enjin 1.6-liter itu melahu pada 1,200 rpm dan bukannya pada 5,000 rpm seperti kebiasaannya.

Bukan itu sahaja, Mercedes juga perlu memastikan bahawa enjin tersebut mematuhi peraturan emisi dan bunyi yang semakin ketat. Oleh kerana enjin ini mempunyai redline yang tinggi iaitu 15,000 rpm, isu teknikal dan ketahanan juga perlu diambil kira.

AMG One menggunakan pengecas turbo elektrik (MGU-H) dan dua motor elektrik (MGU-K). Gabungan ini dijangka menghasilkan kuasa melebihi 1,000 hp.

Seperti yang diumumkan sebelum ini, pengeluaran AMG One akan dihadkan kepada 275 unit sahaja dengan harga bermula dari 2.2 juta Euro setiap satu.

Previous post

Apa Ada Pada Enjin Turbo 1 Liter Honda City Ini

Next post

Masalah Yang Dihadapi Oleh Pemilik Kenderaan Baharu di Malaysia Menurun - J.D. Power

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *