Berita Auto

Sanggupkah Anda Membeli Hibrid Mewah Yang Terpakai?

Pasaran kereta terpakai perlahan-lahan mendapatkan hibrid yang datang dari julat Honda Insight yang simple hinggalah ke hibrid Mercedes-Benz E300 Blutec yang lebih kompleks.

Harga yang diminta boleh tahan, tetapi adakah anda sanggup berisiko membeli hibrid terpakai apabila anda tahu, dalam beberapa tahun, anda perlu menukar pek bateri hibrid? Ini cadangan kami.

hibrid mewah terpakai

Terdapat beberapa soalan yang perlu anda tanya penjual sebelum anda membeli hibrid terpakai. Ianya adalah soalan umum yang patut anda bertanya mengenai kenderaan biasa. Bagaimanapun, penjual selalunya tidak tahu banyak tentang hibrid mereka. Sebagai contoh, mereka tidak akan dapat memberitahu anda berapa lama pek bateri tahan. Oleh itu, anda perlu mengandaikan bahawa pada satu ketika, ia perlu ditukar tidak kira apa yang mereka beritahu anda.

hibrid mewah terpakai 2

Sebagai contoh, A6 Hibrid 2011 menggunakan enjin petrol TFSI 2.0 liter yang dipadankan dengan motor elektrik. Ia boleh dipandu hampir dua batu dengan hanya kuasa elektrik sahaja dan boleh sampai 60bsj dalam 7.3 saat, serta purata 44.1bsg pada hari yang baik. Walau bagaimanapun semua angka ini adalah ketika ia baharu dan sekarang beberapa tahun kemudian prestasinya menurun sedikit dan alatan ‘haus dan lusuh’ selepas 8 tahun dapat menelan kos lebih banyak daripada yang anda sangkakan. Harga kereta terpakai hari ini adalah diantara dari RM62,000 hingga RM76,000 dan terdapat banyak ruang untuk tawar-menawar.

Harga jualan baru Mercedes E300 Bluetech Hybrid 2015 ialah RM338,888.00. Pada masa itu, Mercedes-Benz E200K petrol pasangan tempatan dijual sebanyak RM340,000.00, BMW 520 diesel yang sangat popular di Malaysia berharga RM368,888.00. Dan ianya laku macam goreng pisang. Sold out dalam beberapa minggu.

hibrid mewah terpakai 3

Mercedes E300 Hibrid ini kini mula masuk ke pasaran kereta terpakai dan harganya lebih daripada 70% lebih rendah selepas 4 tahun. Iklan dalam talian menunjukkan bahawa pemilik cuba mendapatkan antara RM110k hingga RM115k negotiable.

hibrid mewah terpakai 4

So, if you are still keen to buy a unit, make sure the first owner purchased the extended battery warranty that Mercedes Benz Malaysia offered to owners at just a tad below RM2,688 for an additional 4 years. This means this 2015 hybrid battery is covered by warranty until 2023. If not, the replacement hybrid battery pricing is close to RM70,000! Which is the used price of an Audi A6 hybrid. 

So, amacam? Anda berani?

Previous post

Alfa Romeo Akan Membatalkan Pengeluaran GTV Dan 8C

Next post

Legend Race Cars Akan Ke ... Gopeng Perak

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *