Sukan

Legend Race Cars Akan Ke … Gopeng Perak

Ini adalah cara yang baik untuk memulakan hobi perlumbaan di Malaysia

Anda mungkin tertanya-tanya apa itu Legend Race Cars dan mengapa ada perlumbaan di Gopeng? Mari kita lihat sejarahnya.

Apa itu kereta Legend dan bagaimana ia bermula?

Pada tahun 1992, pegawai-pegawai Charlotte Motor Speedway di Amerika menyedari ada keperluan perlumbaan kereta kos rendah. Pada mulanya, mereka menggunakan kereta roda terbuka kecil yang dihasilkan di Arizona. Tetapi mereka mahukan kereta dengan fender. Mereka kemudian menemui sebuah kereta replika kecil yang dibuat di North Carolina. Badan kelulusan terbentuk dan dipanggil INEX – khusus untuk perlumbaan murah. Kereta Legend pertama debut pada tahun itu di Charlotte Motor Speedway.

Apakah sebenarnya kereta Legend ni?

Sebuah kereta perlumbaan Legend adalah replika skala 5/8 kereta buatan Amerika dari pertengahan tahun 30an hingga awal 40an. Pada masa ini, terdapat tujuh reka bentuk badan untuk dipilih. Beberapa contohnya ialah Chevy coupe ’34, Ford sedan ’34, Dodge coupe ’37, Ford coupe ’40, Ford sedan ’37 . Berat kereta adalah 1300lb dan panjangnya adalah 10 kaki 6 inci.

Jarak roda 73 inci dan dikuasakan oleh satu enjin, empat silinder, double overhead cam motosikal Yamaha 1250 cc (cap) atau enjin 1200 cc.

Enjin Yamaha revolusi tinggi ini menghasilkan 140 kuasa kuda. Ini dianggap kereta buatan khusus dan mesti mematuhi garis panduan dan peraturan yang ditetapkan oleh badan pentadbir perlumbaan, INEX. INEX telah menentukan saiz tayar dan jenama untuk digunakan. Satu jenama dipilih untuk perlumbaan turapan, satu lagi untuk perlumbaan tanah.

Jadi, berapa kos untuk membeli kereta perlumbaan Legenda?

Sebuah kereta perlumbaan Legend baharu berharga kira-kira USD13,000 di Amerika. Terdapat juga kereta sedia lumba yang digunakan untuk USD4,000 hingga USD6,000 yang dijual di Amerika. Ada juga yang termasuk treler untuk harga itu manakala yang lain datang derngan alat-ganti.

Apakah peraturan dan keperluannya

Di Amerika, badan pentadbiran, INEX telah menubuhkan empat bahagian. Mereka adalah – Bahagian Pro untuk pemandu berpengalaman, Sarjana – 40 tahun ke atas, Semi Pro – untuk pengalaman kurang dari dua tahun, dan Pemandu muda – 12 hingga 16 tahun. Inilah salah satu sebab mengapa perlumbaan Legend ini sangat popular.

Seseorang boleh bermula awal dalam kategori kanak-kanak, lelaki atau perempuan dan bergerak naik ke kelas lain. Atau anda mungkin dah nak bersara tapi masih mencari jalan untuk menikmati perlumbaan kereta anda sendiri.

Untuk mendapatkan salinan peraturan, anda boleh pergi ke laman web INEX atau menghubungi trek perlumbaan tempatan anda.

Walaupun ini adalah kereta spec, pemandu boleh mengubah suaikan sudut camber dan sudut caster, menukar ketinggian tunggangan, kadar spring, tekanan tayar dan nisbah gear untuk memperbaiki pengendalian kereta.

Jadi popular manakah lumba kereta Legend ini?

Dari 15-17 Julai 2010, Charlotte Motor Speedway menjadi tuan rumah acara Legend Million. 301 kereta berlumba. Pada perlumbaan terakhir, hadiah utama ialah USD250,000 (ini hanya di Amerika di mana penaja besar datang ke perlumbaan kerana penyertaan orang ramai dan liputan media adalah besar).

Sejak kereta Legend pertama dipersembahkan di Charlotte, popularitinya telah tersebar ke seluruh dunia. Kereta Legend kini berlumba di U.K., Scotland, Eropah Utara, Eropah Tengah, Mexico, Australia, dan Georgia (Rusia).

Bolehkah saya berlumba Gopeng?

Ya, anda boleh dan tidak mahal dan kos siri adalah seperti berikut:

Previous post

Sanggupkah Anda Membeli Hibrid Mewah Yang Terpakai?

Next post

Jeep Wrangler Dapat Kuasa Diesel

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *