Berita Auto

Harga Rasmi Mazda CX-8 CKD Didedahkan, RM180k-RM217k

Bermaz Motor akhirnya mendedahkan harga rasmi Mazda CX-8 versi pemasangan tempatan (CKD) yang dilancarkan lebih sebulan lalu.

Bagi Semenanjung Malaysia, CX-8 ditawarkan pada harga bermula RM179,960.40 bagi varian permulaan iaitu 2.5G 2WD MID. Seterusnya, varian 2.5G 2WD MID Plus dijual pada harga RM185,960.40.

Dua varian teratas iaitu 2.5G 2WD High dan 2.2D AWD High masing-masing ditawarkan pada harga RM200,960.40 dan RM217,722.80. Semua harga yang dinyatakan adalah harga atas jalan tanpa insurans.

Mazda CX-8 Pandu Uji

Selain itu, senarai harga yang disiarkan oleh Bermaz turut menunjukkan harga bagi setiap aksesori tambahan. Pelanggan yang memilih warna premium iaitu Soul Red Crystal, Machine Grey dan Snowflake Pearl White perlu membayar tambahan RM3,000.

Selain itu, tempat duduk kulit (untuk varian 2.5G 2WD MID dan 2.5G 2WD MID PLUS sahaja) ditawarkan pada harga RM4,500, manakala penapis filem keselamatan Skytint berharga RM2,000 dan sill plate dengan pencahayaan biru berharga RM400.

Mazda CX-8 Pandu Uji

CX-8 didatangkan dengan jaminan selama lima tahun/100,000 km dengan lima tahun/100,000 km penyelenggaraan percuma.

Semenanjung Malaysia
Sabah dan Sarawak
Previous post

10,000 Saksi Aksi Sengit Vios Challenge di Festival Toyota Gazoo Racing

Next post

3 BLINKS Menang Peluang Berjumpa Dengan Blackpink Di Korea

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *