Kemalangan / Rosak / Recall

Adakah Insuran Kereta Anda Beri Perlindungan Kemalangan Lubang Mendap?

Kita juga perjelaskan bahaya lubang mendap di jalan raya kami.

Lubang Mendap

Lubang mendap jarang berlaku di Malaysia tetapi kebelakangan ini kita dapat melihat banyak kejadian ini di Lembah Klang dan juga Petaling Jaya. Kelmarin, pemandu Perodua ini memandu ke dalam lubnag mendap di tengah-tengah bandaraya dan ketika gambar-gambarnya dikongsi dengan kami, ianya datang dengan persoalan, ‘adakah insuran kereta akan menampung kos ganti rugi?’ (insurans pihak pertama) atau ‘akan pemandu perlu membuat tuntutan terhadap majlis bandar ?’

Well, apabila kami bertanya dengan penyedia insuran kami, Allianz General Insurance, mereka menjawab bahawa mereka akan menanggung kerosakan yang berlaku kepada Perodua Myvi itu dengan syarat pemandu ada polisi insuran Allianz pihak pertama. Bagi pembekal insuran kereta lain, jawapannya mungkin berbeza.

Sekarang, soalan seterusnya adalah, bolehkah pemandu membuat tuntutan terhadap majlis bandaran yang menyelenggara jalan tersebut?

Apabila kami bertanya dengan penasihat undang-undang, kami diberitahu bahawa lubang mendap dianggap kejadian semula jadi atau bencana alam, oleh itu tiada tuntutan boleh dibuat terhadap majlis perbandaran.

Jadi sekarang, timbul persoalan, apa yang menyebabkan lubang mendap?

Internet memberitahu kami bahawa lubang terjadi apabila hakisan bawah tanah dan batu berlaku kerana banyak air atau hujan dan bila hujan lebat, kemungkinan besar risiko lubang mendap akan meningkat.

Mereka boleh muncul di mana-mana dan tiba-tiba; sebuah lubang mendap menelan sebuah kereta dalam beberapa minit di Jalan Universiti (berhampiran hotel Lisa De Inn) beberapa bulan lalu.

Walaupun lubang mendap biasanya berlaku selepas hujan lebat dan banjir, ada beberapa tanda amaran yang dapat dilihat oleh dan ada cara untuk mempersiapkan diri menghadapinya. Walau bagaimanapun, rakyat Malaysia tidak biasa dengan isu ini kerana hanya baru-baru ini kita melihat lubang mendap.

Jadi, bilakah lubang mendap mungkin berlaku di jalan?

Pemandu harus berhati-hati di jalan raya selepas hujan yang turun dengan lama dan banjir berlaku kerana air yang berlebihan boleh mengikis tanah di bawah permukaan jalan. Mengunakan tingkap yang sangat gelap, terutamanya filem gelap yang murah, pada waktu malam, kurang terang dan wiper yang tidak membersihkan kaca depan dengan betul boleh mengurangkan penglihatan anda dan anda boleh memandu ke dalam lubang mendap.e.

Jadi, apakah yang patut dilakukan apabila anda memandu ke dalam lubang mendap?

Adalah sangat penting bahawa anda dan penumpang anda keluar dari kereta secepat mungkin dan berdiri sejauh yang mungkin kerana lubang mendap boleh menjadi besar, dalam dan diisi air dengan cepat.

Jadi, semoga anda selamat di jalan raya dan berjaga-jagalah. Sentiasa tumpu perhatian kepada apa yang ada di hadapan anda pada setiap saat.

Previous post

Honda City Generasi Kelima Dilancarkan di Thailand

Next post

Anda Kini Boleh Melihat Harga Tol di Waze

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *