Cerita Auto

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Toyota Yaris 2020

Toyota telah mendedahkan sepenuhnya Yaris 2020 menjelang kemunculannya di Tokyo Motor Show pada bulan ini. Ia akan dijual di Jepun bermula pertengahan Februari tahun hadapan.

Toyota Yaris 2020

Yaris merupakan model kompak pertama Toyota yang dibina di atas platform Toyota New Global Architecture (TNGA) versi GA-B. Berbanding platform terdahulu, ia 50 kg lebih ringan, 30% lebih tegar dan mempunyai pusat graviti yang lebih rendah sebanyak 15 mm.

20191016_01_13_s

Platform ini dipadankan dengan topang MacPherson di hadapan dan di belakang pula terdapat sistem gantungan ‘torsion beam’ untuk model pacuan roda hadapan atau ‘double wishbone’ untuk model pacuan empat roda (E-Four).

20191016_01_20_s

Yaris ditawarkan dalam empat varian, di mana tiga daripadanya menggunakan enjin Dynamic Force 1.5-liter tiga silinder baharu.

  • 1.5L Dynamic Force dengan Direct Shift-CVT
  • 1.5L Dynamic Force dengan sistem hibrid dan pacuan empat roda elektrik (E-Four)
  • 1.5L Dynamic Force dengan manual enam kelajuan
  • 1.0L 1KR-FE tiga silinder dengan CVT ringan

20191016_01_10_s

Walapun bersaiz kompak, Yaris didatangkan dengan pelbagai kelengkapan yang direka untuk kesenangan pemandu dan penumpang. Antaranya adalah Easy Return Seat yang pada asasnya merupakan tempat duduk memori dengan operasi manual dan Turn Tilt Seats yang membolehkan penumpang keluar dan masuk dengan lebih mudah.

20191016_01_11_s

Selain itu, terdapat juga paparan audio dengan fungsi Apple CarPlay dan Android Auto serta paparan ‘head-up’. Varian hibrid dilengkapi dengan outlet kuasa aksesori 1,500 W yang boleh bertindak sebagai penjana sekiranya berlaku gangguan bekalan kuasa elektrik di rumah.

20191016_01_07_s

Dari segi keselamatan, Yaris didatangkan dengan Toyota Safety Sense yang merangkumi Dynamic Radar Cruise Control, Lane Tracing Assist, Automatic High Beam dan Road Sign Assist. Turut disertakan adalah Secondary Collision Brake dan sistem parkir semi autonomi iaitu Advanced Parking Support System.

Previous post

Mitsubishi Triton Ditawarkan Dengan Kadar Faedah Serendah 0.88%

Next post

Hyundai Veloster Grappler Adalah Hatchback Untuk Off-Road

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *