Berita Auto

Hyundai Veloster Grappler Adalah Hatchback Untuk Off-Road

Hatchback bukanlah kenderaan yang sesuai untuk pemanduan off-road yang lasak, namun itu tidak menghalang Hyundai daripada menghasilkan jentera konsep Veloster Grappler yang unik.

Hyundai Veloster Grappler

Secara asasnya, Veloster Grapper diubah suai khas untuk digunakan di kawasan-kawasan mencabar seperti gurun dan sebagainya. Perkara pertama yang diubah adalah meningkatkan jarak lega tanah serta sudut pendekatan dan pelepasan.

Hyundai turut memasang hud gentian karbon, ‘brush guard’ kustom pada bahagian hadapan dan belakang, serta tayar ‘all-terrain’ yang dipadankan dengan rim ala rali dari Method Racing. Jentera ini dilengkapi dengan gerbang roda lebar untuk memuatkan tayar yang besar itu.

Selain itu, Veloster Grappler turut dilengkapi dengan lampu bumbung dan bakul utiliti keluaran Thule. Ia juga mempunyai panel solar boleh tanggal yang digunakan untuk membekalkan kuasa kepada stesen kuasa elektrik mudah alih di dalam kabin untuk perjalanan ke kawasan terpencil.

Di dalam, terdapat kerusi Recaro dan sangkar perlindungan yang bukan sahaja berfungsi untuk melindungi penumpang, malah boleh digunakan untuk memasang tayar ganti. Turut disertakan adalah pelbagai kelengkapan yang berguna untuk pengembaraan off-road seperti cangkul, khemah, kit pertolongan cemas dan kit bantuan tepi jalan.

Previous post

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Toyota Yaris 2020

Next post

Malaysia Miliki Sebahagian Kawasaki Vietnam

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *