Berita Auto

ETCM Lancar Bilik Pameran Nissan Retail Concept (NRC) Pertama

Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) hari ini melancarkan bilik pameran Nissan pertama di Malaysia yang  menampilkan Nissan Retail Concept (NRC) baharu. Ia dioperasikan oleh Nikaijaya Resource (KL) Sdn Bhd yang menjadi pengedar Nissan pertama yang mengadaptasi konsep tersebut di negara ini.

Nissan Retail Concept (NRC)

Menawarkan pengalaman pemilikan yang lebih baik, bahagian luaran bilik pameran berkenaan diserlahkan dengan logo Nissan berwarna merah yang ikonik, manakala ruang jualan dan ruang rundingan ‘Nissan Drive’ mengalu-alukan kedatangan pelanggan dengan penuh keselesaan.

Terletak kira-kira 700 meter selepas Plaza Tol Damansara, bilik pameran berkeluasan 6,556 kaki persegi ini mampu mempamerkan sehingga lima kenderaan Nissan pada satu-satu masa, ruang parkir yang mencukupi serta kemudahan-kemudahan tambahan seperti ruang rehat moden, Wifi percuma dan ruang kanak-kanak.

02 New NRC Nikaijaya Nissan Showroom_Interior

“Nissan Retail Concept (NRC) mengadaptasi cara terbaru persekitaran perniagaan kami. Ia membuktikan komitmen kami dalam memberikan pengalaman berkualiti tinggi kepada pelanggan sebaik sahaja mereka sampai di bilik pameran,” kata Pengarah Jualan dan Pemasaran ETCM, Christopher Tan.

Bilik pameran Nissan Nikaijaya Resource (KL) dibuka setiap hari dengan waktu operasi seperti berikut:

  • Isnin – Jumaat: 9.30 pagi – 6.30 petang
  • Sabtu: 9.30 pagi – 6.00 petang
  • Ahad dan Cuti Umum: 9.30 pagi – 5 petang

03 New NRC Nikaijaya Showroom_Café-styled Modern Customer Lounge

Orang ramai dijemput untuk mengunjungi Karnival Pandu Uji Nissan yang akan diadakan di bilik pameran baharu ini mulai pada 19 dan 20 Oktober 2019 untuk memandu uji kereta elektrik Nissan LEAF. Selain, terdapat juga pelbagai tawaran menarik ke atas model-model Nissan serta aktiviti menyeronokkan buat seisi keluarga di sepanjang karnival ini.

Previous post

Yamaha Lifestyle Station - Pusat Sehenti Peminat dan Pemilik Yamaha

Next post

Porsche Taycan 4S Hadir Dengan Dua Pilihan Bateri

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *