Hibrid, Elektrik, Hidrogen

Porsche Taycan 4S Hadir Dengan Dua Pilihan Bateri

Porsche nampaknya tidak mengambil masa yang lama untuk memperkembangkan barisan kereta elektrik pertamanya iaitu Taycan. Berikutan pelancaran Taycan Turbo dan Taycan Turbo S pada bulan lalu, pengeluar kereta sport dari Stuttgart itu kini memperkenalkan varian ‘entry level’ iaitu Taycan 4S.

Porsche Taycan 4S

Penggunaan nama ini menunjukkan bahawa Taycan mempunyai format penamaan yang sama dengan barisan model 911. Siapa tahu selepas ini muncul pula varian-varian lain seperti S, GT3 atau GT2 RS.

Porsche Taycan 4S

Berbalik kepada Taycan 4S, ia ditawarkan dengan dua pilihan bateri iaitu Performance Battery yang merupakan bateri standard dan Performance Battery Plus.

Porsche Taycan 4S

Berkapasiti 79.2 kWh, Performance Battery mampu menjana kuasa sehingga 530 PS, sekaligus membolehkan kereta sport elektrik ini memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 4.0 saat dan mencapai kelajuan maksimum 250 km/j. Jarak pemanduan yang ditawarkan adalah 407 km.

Porsche Taycan 4S

Sementara itu, Performance Battery Plus mempunyai 571 PS dan boleh dipandu lebih jauh sedikit iaitu 463 km. Bagaimanapun, pecutan 0-100 km/j dan kelajuan maksimum versi ini adalah sama dengan versi standard.

Porsche Taycan 4S

Taycan 4S didatangkan dengan sistem gantungan udara adaptif dan kawalan peredam elektronik Porsche Active Suspension Management (PASM). Secara keseluruhannya, casis dikawal oleh sistem Porsche 4D Chassis Control yang berfungsi untuk menganalisis dan menyegerakkan semua sistem casis dalam masa nyata.

Porsche Taycan 4S

Bagi sistem brek pula, Taycan mendapat cakera 360 mm dengan angkup enam omboh di hadapan dan cakera 358 mm dengan angkup empat omboh di belakang.

Previous post

ETCM Lancar Bilik Pameran Nissan Retail Concept (NRC) Pertama

Next post

Volkswagen Atlas Cross Sport - SUV Coupe Untuk AS

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *