Motosikal / Lain Lain Roda

Yamaha Lifestyle Station – Pusat Sehenti Peminat dan Pemilik Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM), pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, hari ini merasmikan pembukaan Yamaha Lifestyle Station yang bertempat di ibu pejabat HLYM di Sungai Buloh, Selangor.

Yamaha Lifestyle Station

Yamaha Lifestyle Station menempatkan ruang pameran berkeluasan 13,000 kaki persegi (10 kali ganda lebih besar berbanding sebelum ini) di mana pengunjung boleh melihat dengan lebih dekat barisan model-model semasa dan klasik yang dipamerkan.

IMG_1491

IMG_1490

Terletak bersebelahan ruang pameran tersebut adalah Gen Blue Cafe yang menyediakan pelbagai makanan dan minuman enak. Apa yang menarik, pelanggan boleh membuat pesanan makanan dan juga pembayaran menerusi robot pelayan yang diberi nama Shila Sakura.

IMG_1489

IMG_1506

Selain itu, terdapat juga ruang barangan rasmi Yamaha seperti baju dan topi, selain pameran barisan jentera lumba Yamaha seperti Yamaha OW01, TZ250, TZ500 dan sebagainya. Pengunjung juga boleh menunjukkan bakat seni masing-masing dengan mencuba alat muzik keluaran Yamaha di ruang yang disediakan.

IMG_1508

IMG_1512

Selari dengan konsep moden yang ditampilkan oleh Yamaha Lifestyle Station, pusat servis HLYM kini dilengkapi dengan penyaman udara sepenuhnya. Ia juga merupakan antara pusat servis Yamaha terbesar di negara ini, dengan 15 ruang servis khas.

IMG_1520

IMG_1515

HLYM turut menaik taraf pusat akademi latihan dan pendidikan motosikal (Motorcycle Education & Training Academy Centre, META) untuk menyediakan latihan teknikal berkualiti tinggi, sekaligus meningkatkan kemahiran dan pengetahuan wakil pengedar Yamaha.

IMG_1474

IMG_1484

Dalam fasa kedua yang akan dijalankan bermula tahun hadapan, HLYM akan membuka muzium motosikal mereka tersendiri serta auditorium pelbagai fungsi di mana pelanggan boleh menjalankan pelbagai jenis aktiviti.

Previous post

Jualan BMW September 2019 Semakin Meningkat

Next post

ETCM Lancar Bilik Pameran Nissan Retail Concept (NRC) Pertama

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *