Berita Auto

Toyota Umum Platform TNGA GA-B Untuk Model Kompak

Toyota mengumumkan bahawa barisan platform Toyota New Global Architecture (TNGA) akan diperkembangkan dengan versi kompak yang dikenali sebagai GA-B.

Toyota TNGA GA-B Platform

Diperkenalkan pada 2015, TNGA setakat ini telah melahirkan dua versi platform iaitu GA-C yang digunakan pada C-HR dan Corolla baharu, dan GA-K pada Camry dan RAV4.

toyota tnga ga-b platform 01

Seperti platform-platform TNGA yang lain, GA-B direka bagi menghasilkan pemanduan yang meyakinkan dan natural. Ini akan dicapai menerusi penggunaan teknik-teknik canggih bagi mendapatkan struktur yang tegar dan ringan.

Menurut Toyota, GA-B menggunakan sistem gantungan topang MacPherson dengan peredam bergeseran rendah pada bahagian hadapan. Bahagian belakang pula boleh memuatkan torsion beam atau multi-link, bergantung kepada jenis kenderaan yang dibangunkan.

toyota tnga ga-b platform 02

Platform ini juga meletakkan tempat duduk pemandu pada kedudukan yang rendah dan lebih dekat dengan titik tengah kenderaan. Ini bukan sahaja membantu dalam merendahkan pusat graviti, malah memberikan posisi pemanduan yang lebih mengujakan lebih-lebih dengan stereng yang boleh dilaraskan.

Oleh sebab ia platform modular, jarak roda (wheelbase), ketinggian dan jarak antara roda kiri dan kanan (track) boleh dilaraskan mengikut kesesuaian. Ini memberikan pereka dan jurutera kebebasan untuk mereka model-model baharu dalam pelbagai saiz dan bentuk badan.

toyota tnga ga-b platform 04

Toyota masih belum mendedahkan model yang akan menggunakan platform baharu ini, namun kami pasti ia akan dijadikan asas kepada model hatchback serta crossover segmen B.

Previous post

Porsche Taycan Tiba Dengan 761 PS

Next post

Perarakan Pemandu / Selebriti Toyota Gazoo Racing Festival Di Bandaraya Kuala Terengganu

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *