Berita Auto

Pusat 3S Proton Baharu Dibuka di Kota Kinabalu

Proton telah merasmikan pembukaan pusat 3S baharu di Kota Kinabalu. Dioperasikan oleh Harapan Maju Sdn Bhd, ia merupakan cawangan kedua di daerah itu yang menampilkan identiti korporat terkini Proton.

Proton 3S Harapan Maju

Dibangunkan dengan pelaburan berjumlah RM8 juta, cawangan berkeluasan 1,686 meter persegi ini mempunyai 12 ruang servis, enam pengangkat (hoist) serta ruang parkir luas yang boleh memuatkan 50 buah kenderaan pada satu-satu masa.

showroom1

Selain itu, ia juga menyediakan pelbagai kemudahan lain seperti Wi-Fi percuma, ruang minuman, tempat mengecas komputer riba, ruang kanak-kanak serta bilik solat.

service bay

Harapan Maju adalah pengedar baharu yang yakin akan potensi besar pada Proton. Berbeza dengan yang wakil pengedar lain, syarikat ini diketuai oleh barisan wanita yang terlibat dalam operasi harian perniagaan seperti memantau aktiviti jualan, servis dan pemasaran.

coffee bar

“Kami mengambil peluang menjadi pengedar Proton adalah kerana kepercayaan kami terhadap jenama itu. Kini, Proton menunjukkan pencapaian yang baik di dalam pasaran. Orang ramai mula tertarik terutamanya dengan model-model baharu yang mengujakan. Ciri-ciri teknologi termaju serta harga yang kompetitif turut menjadi faktor yang menarik perhatian orang ramai,” kata Jovinia Wong Kyau Yun, Pengarah Harapan Maju Sdn Bhd.

customer area

“Kami gembira kerana ramai berminat untuk menjadi pengedar Proton. Sebenarnya apabila mereka berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada jenama kami sudah membuktikan masa depan syarikat yang cerah,” kata Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif Proton.

customer lounge 1

Setakat ini, jualan Proton di Malaysia Timur meningkat sebanyak 22% berbanding tempoh yang sama tahun lepas manakala di Sabah pula, terdapat kenaikan sebanyak 32%.

Previous post

Perodua Axia 2019 Dilancarkan

Next post

Toyota GR Supra Masuk Pasaran Malaysia - RM568k

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *