Cerita Auto

Porsche Taycan Tunjuk Keupayaan di Litar Ujian Nardo

Jarak pemanduan adalah antara persoalan yang sering timbul apabila bercakap tentang kereta elektrik. Memahami kebimbangan ini, Porsche membawa model yang bakal dilancarkan iaitu Taycan ke litar Nardo di Itali bagi menunjukkan ketahanan dan keupayaan model itu.

Porsche Taycan

Menurut Porsche, kereta elektrik pertamanya itu berjaya meliputi jarak perjalanan sejauh 3,425 km dalam masa 24 jam, dengan kelajuan antara 195 dan 215 km/j. Apa yang lebih mengagumkan, ujian tersebut dilakukan di bawah cuaca panas dengan suhu mencecah 42 darjah Celsius dan 54 darjah Celsius pada permukaan litar.

porsche-taycan

Ujian tersebut berjalan tanpa sebarang gangguan, kecuali ketika penukaran enam pemandu yang terlibat dan pengecasan di tepi litar. Porsche mengesahkan bahawa Taycan menggunakan teknologi pengecasan pantas 800 volt yang turut digunakan oleh jentera lumba 919 Hybrid dalam perlumbaan Le Mans, namun tidak mendedahkan masa yang diperlukan untuk mengecas bateri model itu.

porsche-taycan (2)

Bakal didedahkan secara rasmi pada 4 September ini, Taycan mempunyai lebih 600 PS dengan keupayaan untuk memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam kurang 3.5 saat. Ujian sebelum ini yang dilakukan pada Julai lalu menunjukkan bahawa model itu memerlukan kurang 10 saat untuk memecut dari 0 hingga 200 km/j.

porsche-taycan (3)

Walaupun spesifikasinya masih belum didedahkan sepenuhnya, Porsche dilaporkan telah menerima lebih 30,000 tempahan untuk Taycan.

Previous post

Dongfeng Mahu Menjual Saham Mereka Kerana Bisnes Kurang

Next post

Ranking Kepuasan Pelanggan Mitsubishi Motors Tertinggi

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *