Berita Auto

Perodua Tweckbot Teruskan Usaha Sempena Aidiladha dan Merdeka

Perodua meneruskan lagi inisiatif keselamatan jalan rayanya bersempena sambutan Aidil Adha dan Merdeka yang bakal tiba dengan program Tweckbot, perkhidmatan pemeriksaan kenderaan mudah alih percuma yang telah lama dilaksanakan oleh Perodua.

BHPetrol Merdeka Contest Banner

Tweckbot menyediakan khidmat masyarakat menerusi pemeriksaan kenderaan sebagai persediaan untuk pemanduan jauh untuk pulang ke kampung halaman semasa musim-musim perayaan.

“Pemeriksaan Tweckbot 50-poin merangkumi enjin, transmisi, sistem penyejukan, brek, stereng kuasa, klac, tayar, suspensi dan elektrik, dan akan memberikan ketenangan minda yang menyeluruh kepada pelanggan kami untuk memulakan perjalanan yang jauh,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

pic1 (1)

Semalam, Perodua telah menyertai majlis pelancaran Program ‘Kibarkan Jalur Gemilang’ anjuran Majlis Daerah Hulu Selangor di Stadium Mini Kuala Kubu Bharu, di mana pasukan Tweckbot berjaya memeriksa sejumlah 60 kenderaan pelanggan.

Tweckbot seterusnya akan berada di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Lebuhraya PLUS Rawang arah utara pada 24hb dan 25hb Ogos ini, bermula jam 10 pagi sehingga 5 petang.

Pelanggan yang memeriksa kenderaan Perodua mereka dengan Tweckbot akan menerima baucar yang boleh digunakan untuk menebus diskaun 20% bagi pembelian alat ganti dan aksesori di mana-mana pusat servis Perodua yang sah.

pic3 (1)

“Objektif Tweckbot adalah untuk menekankan kepentingan memeriksa kenderaan secara berkala, melakukan servis di pusat servis Perodua yang sah serta hanya menggunakan produk dan alat ganti tulen Perodua, semuanya demi keselamatan,” kata Dato’ Zainal.

Syarikat tersebut, menerusi ruang pamerannya di majlis semalam, telah mendekati masyarakat tempatan menerusi pelbagai aktiviti yang bertujuan untuk menyampaikan dan menyebarkan mesej keselamatan. Turut dipamerkan adalah Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak GearUp ISOFIX serta inisiatif-inisiatif keselamatannya sehingga kini.

“Di musim perayaan Aidil Adha ini, Perodua berharap ia dapat berkongsi pengetahuan dan kesedaran mengenai keselamatan dengan masyarakat Malaysia. Kita juga akan menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia ke-62 tidak lama lagi – harapan kami adalah agar minda kita semua juga boleh bebas supaya kita dapat mengutamakan keselamatan dalam setiap aspek kehidupan kita.

pic4

“Sebagai syarikat yang mengutamakan insan, Perodua akan terus berusaha untuk menerapkan pemikiran keselamatan di kalangan kakitangan kami, para pelanggan serta masyarakat. Kami percaya keselamatan adalah hak semua,” kata Dato’ Zainal.

Tweckbot telah memeriksa lebih 8,000 kenderaan sejak pengenalannya pada 2011.

Previous post

Ulangtahun BMW Shorties Yang Ke-13 Bertema ‘UNCHARTED’

Next post

Digi Mendigital Dan Meningkatkan Tahap Keselamatan Jalan Raya

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *