Keselamatan

Digi Mendigital Dan Meningkatkan Tahap Keselamatan Jalan Raya

Data telematik kenderaan digunakan untuk membantu pemandu kenderaan komersial menjadi pemandu yang lebih baik dan berhemah.

Ianya merupakan teknologi yang berupaya untuk menghantar, menerima dan menyimpan maklumat kenderaan serta pemandu, dengan menggunakan peranti yang disambungkan ke internet.

Program Keselamatan Jalan Raya Digi ini disokong oleh Kementerian Pengangkutan, JKJR dan MIROS untuk meningkatkan tahap keselamatan jalan raya di Malaysia dengan memupuk tabiat pemanduan yang lebih baik dalam kalangan pemandu kenderaan komersial.

Menawarkan dana sebanyak RM10 juta, latihan dan ganjaran untuk membantu syarikat memulakan budaya pemanduan selamat.

BHPetrol Merdeka Contest Banner

Kenyataan Media

SUBANG JAYA, 8 OGOS 2019 – Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) hari ini melancarkan Program Keselamatan Jalan Raya Digi 2019 untuk menangani kebimbangan yang semakin menebal terhadap keselamatan jalan raya di negara ini. Program tersebut menggunakan data telematik untuk membantu pemandu kenderaan komersial menjadi pemandu yang lebih baik dan berhemah.

Berdasarkan laporan statistik Kementerian Pengangkutan yang dikeluarkan pada tahun 2017 [1], purata 2,034,893 trafik harian telah direkodkan di Semenanjung Malaysia manakala 154,015 di Sabah dan Sarawak. Pada tahun yang sama, Polis Diraja Malaysia telah melaporkan sebanyak 802,523 kemalangan jalan raya yang melibatkan kenderaan bermotor. Satu kajian oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) juga mendedahkan bahawa 80% kemalangan jalan raya adalah disebabkan oleh kesilapan manusia, akibat dari cara pemanduan berisiko, kelajuan serta keletihan.

Menteri Pengangkutan, Yang Berhormat Tuan Anthony Loke berkata “Walaupun rekod keselamatan jalan raya di Malaysia telah menunjukkan peningkatan prestasi, namun masih banyak lagi yang boleh dilakukan untuk membendung kemalangan maut dan kecederaan serius. Penggunaan teknologi boleh menjadi efektif dalam penguatkuasaan, pelaksanaan intervensi dan pematuhan terhadap keselamatan jalan raya; dan sistem telematik mampu memainkan dua peranan penting iaitu meningkatkan keselamatan di jalan raya dan membina keyakinan terhadap tabiat pemanduan pengguna jalan raya, termasuklah pemandu kenderaan komersial.”

“Program Keselamatan Jalan Raya Digi, dan program-program lain sepertinya yang secara khusus bertujuan untuk mengubah tingkah laku pemandu dalam jangka panjang adalah penting untuk meningkatkan piawaian keselamatan jalan raya secara keseluruhan,” menurut Yang Berhormat Menteri ketika merasmikan acara pelancaran hari ini.

Kenderaan telematik merupakan teknologi yang berupaya untuk menghantar, menerima dan menyimpan maklumat kenderaan serta pemandu, dengan menggunakan peranti yang disambungkan ke internet. Teknologi ini boleh digunakan untuk meningkatkan keselamatan jalan raya dengan mengawasi sikap pemandu, mengumpul data kenderaan seperti lokasi, kelajuan, pecutan, brek dan ketika mengambil selekoh. Data yang diperoleh ini dapat membantu para pemilik dan pemandu kenderaan komersial untuk membuat keputusan yang lebih baik dalam usaha menaik taraf keselamatan kenderaan di jalan raya; satu matlamat yang juga merupakan komponen utama dalam Program Keselamatan Jalan Raya Digi 2019.

Digi (2)

Digi’s iFleet customers – Lim Chern Chuen (林镇权), Director of Handal Indah Sdn Bhd; Harun Joned, Managing Director of Sime Darby Rent A Car Sdn Bhd; Ng Shern Yau (黃晟尧), Chief Operating Officer of Logistics Worldwide Express (LWE); Middle – Tuan Anthony Loke, Minister of Transport; Albern Murty, Chief Executive Officer of Digi; and first from the right – Praveen Rajan, Chief Digital Officer of Digi at the launch of Digi’s Road Safety Programme 2019.

Pemanduan kenderaan komersial yang lebih selamat, beri lebih jaminan keselamatan di jalan raya

Disokong oleh Kementerian Pengangkutan, Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (JKJR) dan MIROS, Program Keselamatan Jalan Raya Digi 2019 mendukung tiga inisiatif yang komprehensif bertujuan membantu pemilik perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang mempunyai kenderaan komersial untuk memulakan, melatih dan mengekalkan tabiat pemanduan selamat dalam kalangan pemandu mereka:

  • Mula dengan Dana Transformasi iFleet sebanyak RM10 juta

Seramai 1,000 orang pemilik PKS bakal menerima dana sehingga RM10,000 setiap seorang dalam bentuk diskaun bagi melengkapkan kenderaan mereka dengan pengesan Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS), teknologi sambungan tanpa wayar (WiFi) dan video, sebagai insentif untuk mereka memulakan usaha meningkatkan keselamatan jalan raya.

  • Latihan pemanduan defensive bersama pakar

Setiap pemandu akan dilatih menguasai pelbagai teknik untuk mengelakkan kemalangan jalan raya dan sijil rasmi akan diberi setelah tamat latihan. PKS yang menyertai akan mendapat diskaun sebanyak 15% bagi semua bengkel latihan, dan bayaran tersebut boleh dituntut semula sepenuhnya dari Tabung Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF).

  • Mengekalkan budaya pemanduan selamat menerusi pemberian ganjaran

10 pemandu terbaik daripada setiap PKS yang layak akan menerima hadiah daripada Digi di atas tabiat pemanduan yang cemerlang, berdasarkan skor pemanduan iFleet mereka bagi bulan tersebut.

Digi (3)

Praveen Rajan, Chief Digital Officer of Digi; Albern Murty, Chief Executive Officer of Digi; Dr. Siti Zaharah Ishak, Director General of MIROS; Ng Shern Yau, Chief Operating Officer of Logistics Worldwide Express (LWE) and guests behind YB Tuan Anthony Loke, Minister of Transport who tested out the driving simulation by MIROS.

Ketua Pegawai Digital Digi, Praveen Rajan berkata “Kami sentiasa berusaha secara proaktif untuk meningkatkan keselamatan jalan raya menerusi kenderaan telematik dan kini, kami menggunakan kompetensi yang sedia ada untuk menggalakkan syarikat lain mengambil pendekatan yang sama. Terdapat kajian yang mendapati bahawa telematik boleh mempengaruhi pengurangan kadar kemalangan dalam kalangan pemandu kenderaan komersial. Data yang telah dikumpul membolehkan pemilik kenderaan kormersial merancang laluan dan jadual yang lebih baik, mengadakan latihan pemanduan yang bersesuaian dan melaksanakan tindakan disiplin jika perlu. Kami yakin telematik merupakan alat praktikal yang dapat menangani kebimbangan terhadap keselamatan jalan raya dengan menyemai sikap kesedaran terhadap keselamatan dalam kalangan pemandu kenderaan komersial bagi memberi kesan jangka masa panjang. Langkah ini penting memandangkan cara pemanduan mereka mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap keselamatan pengguna jalan raya yang lain.”

Program Keselamatan Jalan Raya Digi dikuasakan oleh iFleet, penyelesaian pengurusan bersepadu Digi yang memberi maklumat tentang kenderaan dan sikap pemandu dalam masa sebenar. Program ini terbuka kepada semua pemilik PKS dan akan berlangsung mulai sekarang hingga 31 Disember 2019.

Untuk menyertai Program Keselamatan Jalan Raya Digi, sila layari digi.my/roadsafety

Digi (4)

Ng Shern Yau, Chief Operating Officer of LWE; Wong Yau Duenn, Deputy Director General of JKJR; Dr. Siti Zaharah Ishak, Director General of MIROS; YB Tuan Anthony Loke, Minister of Transport; Albern Murty, Chief Executive Officer of Digi; Datuk Suret Singh, Chairman of MIROS; Praveen Rajan, Chief Digital Officer of Digi; Harun Joned, Managing Director of Sime Darby Rent A Car Sdn Bhd; and Lim Chern Chuen, Director of Handal Indah Sdn Bhd with Digi and customers’ fleet.

 

Previous post

Perodua Tweckbot Teruskan Usaha Sempena Aidiladha dan Merdeka

Next post

Pelanggan RHB Bawa Pulang Kereta Mazda Baru

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *